Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak cukup berani untuk mengkritik Amerika Syarikat ekoran dakwaan kegiatan intipannya di negara ini.
"Sehingga kini tidak ada kenyataan daripada perdana menteri. Dia tidak berani mengkritik tindakan kasar dan tidak boleh diterima Amerika itu," kata Anwar dalam sidang Dewan Rakyat hari ini ketika membahas Bajet 2014 dalam peringkat jawatankuasa.
Baru-baru ini, Edward Snowden mendedahkan kegiatan pengintipan global yang dibuat oleh Amerika dan Australia di seluruh dunia termasuk Malaysia.
Snowden mendakwa, Amerika menjalankan kegiatan pengintipan itu melalui stasen pengintipannya yang terletak di dalam bangunan kedutaan Amerika di Kuala Lumpur dengan mengintip perbualan telefon dan rangkaian komunikasi.

Bulan lalu, sumber perisikan Australia mengesahkan alat perisikan rahsia XKeyscore yang didedahkan Snowden telah digunakan untuk mengintip Malaysia di samping negara Asia Pasifik yang lain.
Berdasarkan laporan terakhir yang didedahkan Snowden yang kini mendapat perlindungan sementara di Moscow, Russia, terdapat 90 alat intipan yang dipasang di seluruh dunia termasuk di kedutaan Amerika di Jakarta, Bangkok, Phnom Penh dan Yangon.
Ekoran pendedahan itu, Menteri Luar Datuk Seri Musa Aman memberitahu rakan sejawatnya dari Australia, Julie Bishop,
"Intipan tidak sepatutnya dilakukan di kalangan rakan-rakan rapat yang boleh merosakkan hubungan."
Anwar juga melahirkan rasa hairannya kenapa tidak ada seorang pun pemimpin Umno khasnya di kalangan anggota Parlimen membangkitan isu dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir bahawa terdapat ejen CIA di pejabat Peguam Negara.
"Saya tidak faham kenapa tidak ada seorang pun, khasnya MP Umno yang membangkitkan isu ini. Oleh kerana Dr Mahathir telah bercakap mengenainya, sepatutnya ada penjelasan. Jika bukan ejen CIA, jadi apa kerjanya di pejabat Peguam Negara?" kata Anwar.
Sebelum ini, Anwar berkata, Gani patut digantung tugasnya segera berikutan dakwaan ejen CIA itu dan juga apa yang terkandung dalam akuan berkanun bekas Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim.
Bulan lalu, Dr Mahathir mengakui beliau pernah mendengar adanya dakwaan tentang dua ejen CIA yang bekerja di pejabat Peguam Negara.
"Saya dengar. Saya tiada bukti, dua ejen CIA ada pejabat di Pejabat AG. Mungkin ada mungkin tidak. Saya tak tahu. AG pun belum sahkan lagi," kata Dr Mahathir dalam satu sidang medianya.
Sumber: The Malaysian Insider
0 comments:
Post a Comment