Terima kasih Dato Pengerusi memberi saya peluang berbahas Badget Kementerian Perdagangan Antarabangsa. 20/11/2013
Saya akan menfokus isu TPPA di bawah Butiran 030500.
Tuan Pengerusi, saya tidak bermasalah kerajaan kita mengambil bahagian dalam perundingan TPPA. Kerana saya terima hujjah MITI bahawa jika kita tidak mengambil bahagian kita akan tertinggalan dan tidak dapat membentuk struktur perjanjian yang akan disetujui oleh negara-nefara yang ambil bahagian. Jika kita menyertai perundingan ada kemungkinan kita dapat mempengaruhi perjanjian yang dibentuk.
Tetapi kita telah sampai ke tahap kita perlu buat keputusan. Kita mesti berputus kita mahu sertai ataupun kita kata pada masa ini kita tidak mahu sertai. Ada ramai kumpulan NGO dan kumpulan masyarakat yang sedang tanya adakah kerajaan ingin memakai kaedah "garis merah" di mana kita tetapkan beberapa isu yang kita tidak boleh berkompromi dan jika satu pun daripada senarai garis merah dilintasi, kita tidak berterusan dengan perjanjian TPPA ini.
Saya akan menfokus isu TPPA di bawah Butiran 030500.
Tuan Pengerusi, saya tidak bermasalah kerajaan kita mengambil bahagian dalam perundingan TPPA. Kerana saya terima hujjah MITI bahawa jika kita tidak mengambil bahagian kita akan tertinggalan dan tidak dapat membentuk struktur perjanjian yang akan disetujui oleh negara-nefara yang ambil bahagian. Jika kita menyertai perundingan ada kemungkinan kita dapat mempengaruhi perjanjian yang dibentuk.
Tetapi kita telah sampai ke tahap kita perlu buat keputusan. Kita mesti berputus kita mahu sertai ataupun kita kata pada masa ini kita tidak mahu sertai. Ada ramai kumpulan NGO dan kumpulan masyarakat yang sedang tanya adakah kerajaan ingin memakai kaedah "garis merah" di mana kita tetapkan beberapa isu yang kita tidak boleh berkompromi dan jika satu pun daripada senarai garis merah dilintasi, kita tidak berterusan dengan perjanjian TPPA ini.
Apakahnya garis-garis merah yang disyor oleh NGO dan kumpulan lain? Satu adalah lanjutan pada tempoh paten ubat. Sekarang tempoh paten ubat adalah 20 tahun. Jika Amerika Syarikat memohon tempoh paten ubat dilanjutkan kita harus menolak TPPA.
Yang kedua adalah taktik "evergreening" di mana paten kedua dikeluarkan pada satu ubat kerana ubat itu didapati berkesan terhadap satu lagi penyakit. Ketiga adalah taktik melambatkan pendaftaran ubat generik dengan memakai kaedah "data exklusiviti" di mana semua maklumat terhadap ubat itu tidak boleh diguna untuk mendaftarkan ubat generik yang jauh lebih murah kerana maklumat ini dianggap hak chipta syarikat asal.
Satu lagi perkara yang dipohon oleh Amerika Syarikat adalah ISDS ataupun regim Investor State Dispute Settlement di mana pelabur asing boleh mendakwa kerajaan kita jika sebarang keputusan kerajaan mengurangkan untung syarikat tersebut. Kerajaan Australia sedang didakwah oleh Philip Morris, satu syarikat rokok daripada Amerika Syarikat. Kerajaan Australia telah mewajibkan semua syarikat rokok untuk memamirkan gambar barah atas kotak rokok. Philip Morris mengatakan regulasi baru ini akan mengurangkan untungnya dan oleh itu telah menghadapkan kerajaan Australia ke Mahkamah Hong Kong dengan memakai perjanjian pelaburan di antara Australia dan Hong Kong. NGO kita pohon ISDS ini juga dijadikan satu garis merah yang tidak boleh dilintasi.
Garis merah lain yang disyorkan adalah kontrak kerajaan ataupun "government procurement", yang Amerika Syarikat mahu dibuka untuk syarikat-syarikat Amerika sendiri di atas dasar "national treatment". Ertinya syarikat Amerika mesti diberi layanan yang sama berbanding syarikat tempatan. Tetapi pemberian kontrak kerajaan adalah satu alat yang amat berkesan untuk membantu sesuatu kumpulan masyarakat yang tertinggal untuk memperolehi kemahiran tertentu. Tidak wajar kita lepaskan alat ini.
Syarikat milikan kerajaan adalah satu lagi sasaran Amerika Syarikat, yang pohon kerajaan kita menjual semua syer dalam syarikat-syarikat. Ikut Amerika, syarikat di mana 5% daripada syernya dipegang oleh kerajaan ditafisrkan sebagai syarikat milikan kerajaan. Amerika mahu kerajaan tidak campur secara langsung dalam ekonomi. Tetapi kaedah syarikat bermilikan kerajaan adalah satu kaedah yang dipakai oleh negeri -negeri timur seperti Korea, Taiwan dan Jepun untuk membangunkan sektor perindustrian mereka. Ada kumpulan di Malaysia yang memohon isu ini juga dianggap sebagai satu garis merah yang tidak boleh dikompromi.
Apa yang ramai kumpulan mahu tahu adalah, adakah kerajaan kita mengambil pendekatan "garis merah" ini? Jika "ya", apakah garis-garis merah yang telah ditetapkan yang mana kita tidak akan berkompromi. Jika kerajaan boleh menjelaskan isu ini secara umum, ramai akan terasa lega, tetapi pada masa ini kerajaan tidak memberitahu.
Kerajaan sekarang telah melaksanakan kajian kos-faedah. Kajian terhadap kesan TPPA atas kepentingan negara telah ditanggungjawabkan kepada En Firdaus Rosli daripada ISIS (Institute of Strategic and International Studies). Masalahnya pada kami adalah, En Firdaus ini telahpun menulis satu artikel bertajuk "With the TPPA, the sky is the limit" pada bulan Ogos 2013 - ia-itu sebelum beliau dilantik sebagai pakar akademik untuk melaksanakan kajian kos-faedah itu.
Kajian kedua terhadap kesan TPPA atas peniaga Bumiputra dan syarikat kecil dan sederhana (SME) ditugaskan pada World Trade Institute, satu badan yang amat pro-perdagangan bebas.
Soalan yang ditanya-tanyakan oleh masyarakat madani adalah, adakah kajian-kajian ini bersifat profesyional. Kenapa kedua-dua kajian yang begini penting ditugaskan pada pihak yang sebelum ini juga sudah menyatakan sokongan mereka pada TPPA? Kenapakah "think tank" seperti Third World Network yang telah memantau proses Perdagangan Bebas untuk 15 tahun yang lalu tidak dipilih?
Ataupun CAP ataupun Aliran - kenapa mereka tidak dijemput menganggotai satu panel kajian ini?
Kita baru dengar bahawa di Amerika, Congress tidak meluluskan kuasa "fast track" untuk Presiden Obama. Di Amerika tuan pengerusi, perjanjian perdagangan mesti diluluskan oleh Congress, bukan seperti di Malaysia di mana Jemaah Menteri boleh buat keputusan. "Fast track" authority yang dipohon oleh Obama adalah untuk menyekat ruang Congress Amerika untuk menghalusi dan menukar perjanjian klausa demi klausa. Tetpai permohonan ini telah ditolak. Erti itu, konsensi dan kelonggaran yang mungkin dicapai dalam perundingan pun boleh disoal dan dikurangkan oleh kongres.
Tuan Pengerusi, pada takat ini, sebelum kita masuk TPPA pun, 62% daripada perdagangan antarabangsa kita adalah di bawah perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang telahpun ditandatangani oleh kerajaan kita. Jika kita tandatangan TPPA ini, percentage perdagangan yang diliputi oleh perjanjian FTA hanya naik 10% lagi.
Ramai kumpulan di Malaysia terasa bahawa pengorbanan yang harus ditanggung oleh negara kita untuk memasuk perjanjian TPPA adalah terlalu berat.
Mesej daripada rakyat Malaysia adalah, ta perlu kami terima taktik membuli Amerika Syarikat. Kita harus berdiri tegak. Mungkin negara lain juga akan ambil hati dan ikut pendirian kita. Kita harus menolak perjanjian TPPA ini supaya kita dapat mencipta satu perjanjian yang lebih adil dan sempurna pada masa yang depan.
0 comments:
Post a Comment