Showing posts with label Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). Show all posts
Showing posts with label Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). Show all posts

MITI, Jangan Benarkan Amerika Syarikat Buli Kita.

Terima kasih Dato Pengerusi memberi saya peluang berbahas Badget Kementerian Perdagangan Antarabangsa. 20/11/2013

Saya akan menfokus isu TPPA di bawah Butiran 030500.
Tuan Pengerusi, saya tidak bermasalah kerajaan kita mengambil bahagian dalam perundingan TPPA. Kerana saya terima hujjah MITI bahawa jika kita tidak mengambil bahagian kita akan tertinggalan dan tidak dapat membentuk struktur perjanjian yang akan disetujui oleh negara-nefara yang ambil bahagian. Jika kita menyertai perundingan ada kemungkinan kita dapat mempengaruhi perjanjian yang dibentuk.

Tetapi kita telah sampai ke tahap kita perlu buat keputusan. Kita mesti berputus kita mahu sertai ataupun kita kata pada masa ini kita tidak mahu sertai. Ada ramai kumpulan NGO dan kumpulan masyarakat yang sedang tanya adakah kerajaan ingin memakai kaedah "garis merah" di mana kita tetapkan beberapa isu yang kita tidak boleh berkompromi dan jika satu pun daripada senarai garis merah dilintasi, kita tidak berterusan dengan perjanjian TPPA ini.

MP: TPPA dedah GLC Kepada Ambilalih Antarabangsa?

Anggota Parlimen Klang, Charles Xavier menggesa kerajaan menjelaskan sama ada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bakal terdedah kepada pengambilalihan di peringkat antarabangsa menerusi Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).

Menurutnya, kegusaran itu timbul apabila satu majalah perniagaan utama Vietnam melaporkan mengenai usaha mereformasi GLC dalam TPPA.

Majalah Vietnam Briefing antara lainnya melaporkan yang Malaysia sertai Vietnam, Peru dan Brunei bersepakat untuk menerima tempoh bertenang selama lima tahun untuk menambahbaik dasar melibatkan syarikat GLC, kata Xavier.

Malaysia Berdepan Saman Jika TPPA Dimeterai

KUALA LUMPUR 7 NOV : Kerajaan Malaysia bakal berdepan risiko saman daripada firma gergasi jika berkeras melaksanakan penyelesaian pertikaian pelaburan negara (ISDS) dengan menandatangani rundingan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah, berkata walaupun ramai berpendapat ISDS penting kerana digunapakai di banyak negara, namun mekanisma itu hanya menguntungkan pelabur asing dan menyebabkan pelabur tempatan jatuh ke kelas kedua.

Katanya, kerajaan disaran mewujudkan tabung khas jika Malaysia disaman syarikat gergasi berikutan kosnya yang tinggi, selain dinasihatkan bersedia menerima risiko pasca menandatangani TPPA.
KUALA LUMPUR 11 OKT: Sikap pemimpin Umno BN yang taat dengan arahan Amerika Syarikat (AS apabila bersetuju dengan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) menyebabkan masa hadapan negara tergadai.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata ia menjadi semakin bermasalah apabila Datuk Seri Najib Razak bertemu dengan Presiden Barack Obama tahun lalu dan memberikan pengakuan menyokong TPPA.

“TPPA menunjukkan AS dan negara kaya tidak konsisten dalam rundingan, apabila dengan Eropah lebih telus dan terbuka dengan semua isi perjanjian dikemukakan, tetapi dengan Malaysia dilarang untuk umum,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam pidatonya semasa Program Bantah TPPA di Padang Kelab Sultan Sulaiman Shah di sini.

top