MP: TPPA dedah GLC Kepada Ambilalih Antarabangsa?

Anggota Parlimen Klang, Charles Xavier menggesa kerajaan menjelaskan sama ada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bakal terdedah kepada pengambilalihan di peringkat antarabangsa menerusi Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).

Menurutnya, kegusaran itu timbul apabila satu majalah perniagaan utama Vietnam melaporkan mengenai usaha mereformasi GLC dalam TPPA.

Majalah Vietnam Briefing antara lainnya melaporkan yang Malaysia sertai Vietnam, Peru dan Brunei bersepakat untuk menerima tempoh bertenang selama lima tahun untuk menambahbaik dasar melibatkan syarikat GLC, kata Xavier.

"Terdapat konsensus bahawa Vietnam, termasuk Malaysia, Peru dan Brunei, akan diberikan tempoh pengecualian selama lima tahun untuk mereformasi dasar GLC," laporan bertarikh 21 Oktober itu dipetik.
Mengulas lanjut, Xavier berkata perkara itu bertentangan dengan janji kementerian perdagangan antarabangsa dan industri yang menyatakan Malaysia akan menandatangani perjanjian itu berdasarkan syarat yang ditetapkannya sendiri.

Menurutnya lagi, persetujuan itu juga mendedahkan Malaysia kepada risiko pengambil alihan oleh mana-mana 12 negara yang menandatangani TPPA.

"Apakah asas Malaysia dalam menerima (tempoh bertenang) lima tahun ini?," soal Xavier pada sidang media di lobi Parlimen petang ini.

Sumber: MalaysiaKini

0 comments:

top