KUALA LUMPUR 18 NOV : Kepentingan ratusan ribu pesawah padi dikhianati ekoran pengambilalihan Syarikat Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhrary.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata nasib 173,000 petani Melayu seluruh negara kini jelas terancam hanya kerana kerajaan pusat didakwa ingin mengayakan jutawan itu.
 
“Kita bicara berkenaan seorang yang bernama Tan Sri Syed Mokhtar atau 173,000 pesawah padi Melayu, 95 peratus Melayu dan bumiputera, dan kalau ikut rangka Pertubuhan Peladang, jumlah ini meningkat sehingga 240,000 orang.

“Kepentingan mereka dikhianati kerana kerajaan pusat menggadai kepentingan mereka dan menyerahkan kepada Syed Mokhtar yang mencatat keuntungan lebih RM800 juta mengikut unjuran yang dibuat Maybank Investment,” katanya ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, 45 peratus pegangan BERNAS yang dahulunya menjadi milik petani dan kakitangan syarikat itu, kini hanya dikuasai Syed Mokhtar.

Pada 1995, syarat dikenakan kepada pegangan saham BERNAS iaitu 10 peratus pegangan saham diberikan kepada Petubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), manakala lima peratus kepada Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan kakitangan syarikat itu.

Anwar berkata, dasar penswastaan yang diumumkan kerajaan pusat untuk menjadikan industri berkenaan lebih efisyen ternyata sudah menyimpang jauh daripada matlamat asalnya.

Sumber: SelangorKini

0 comments:

top