Gantung Surendren, Speaker Berat Sebelah

KUALA LUMPUR 14 NOV: Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran digantung dari menghadiri sidang Dewan Rakyat selama 6 bulan bermula hari ini.

Usul pengantungan tersebut kemukakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri sebelum itu mencetuskan suasana tegang di dalam Dewan Rakyat apabila disifatkan melanggari beberapa syarat dewan.azmin ali mmpertikaikan kputusan speaker

Menurut ahli parlimen Gombak, Azmin Ali, usul tersebut tidak boleh diguna pakai kerana jelas melanggari beberapa syarat yang ditetapkan sendiri oleh Dewan Rakyat yang antaranya hendaklah berkaitan dengan kepentingan orang ramai.

Namun, jelas Azmin, Yang Dipertua Dewan, Datuk Ronald Kiandee bertindak meluluskan usul tersebut yang jelas dirinya sendiri ada kepentingan terhadap isu berkenaan.

“Keputusan dibuat membenarkan usul ini dibawa bukan berdasarkan kepentingan awam, tetapi kepentingan peribadi speaker,” katanya.

Katanya, usul berkenaan melanggar syarat, yang memerlukan kelulusan sekurang-kurangnya satu hari.

Usul bagi mengantung Surendran tersebut akhirnya diluluskan selepas undian 92 ahli parlimen BN.
Surendran sebelum ini didakwa mencalar intergriti Yang Dipertua Dewan dalam satu kenyataan media kerana cuba membentangkan usul tergempar berhubung isu perobohan sebuah kuil di jalan P Ramlee.

Beliau sebelum ini pernah diusir daripada Dewan apabila cuba membentangkan usul tergempar pembunuhan P Karuna Nithi.

“Kalau sebelum ini Padang Serai bawa usul bagi kepentingan masyarakat India dan ditolak dengan mudah.

“Bila bawa isu untuk kepentingan, speaker tolak. Bila usul yang ada kepentingan kerajaan, speaker dahulukan,” kata Azmin mempertikai sikap berat sebelah Yang Dipertua Dewan.

Sumber: Keadilan Daily

0 comments:

top