Klang, 11 November 2013 - YB Dr Xavier Jayakumar pada hari ini menghadiri Majlis Perasmian Penyiapan Projek Rangkaian Pembentungan Utama dan Stesen Pam di Lot 130 Klang yang diadakan di Hotel Premiere, Klang. Turut hadir bersama beliau adalah Ahli Majlis MPK iaitu Encik PS Rajoo dan Encik Azmi Jusoh

Majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau & Air (KeTTHA), YB Dato' Seri DiRaja Mahdzir Khalid. Selepas ucapan perasmian, pukul 4.15 ptg, rombongan telah melakukan lawatan ke tapak Loji STP Lot 130, di Parkland, Klang dan telah diberi taklimat oleh juru perunding. Kemudiannya pada pukul 4.45 petangg rombongan telah dibawa melawat ke Stesen Pam PS5 di Bandar Puteri, Klang dan sidang media telah diadakan di situ.








0 comments:

top