Lim Kit Siang menyalahkan pemerintah Barisan Nasional (BN) yang rakus mengejar kuasa sehingga terlupa tanggungjawab terhadap rakyat Malaysia.
Ahli Parlimen Gelang Patah dan juga penasihat DAP tersebut mengecam pengabaian tanggungjawab yang diberikan rakyat sehingga menyebabkan nyawa mereka tidak berdosa menjadi mangsa.
"Pertama sekali, saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd Raffli Abdul Malik yang mati ditembak di Kuantan, Pahang; keluarga Allahyarham Norazita Abu Talib, yang menjadi mangsa rompakan Ambank tempoh hari; serta Allahyarham Hussain Ahmad Najadi, yang turut menjadi mangsa tembakan tidak berapa lama dahulu.
"Kesemua mangsa jenayah ini adalah korban-korban tidak berdosa akibat kelalaian dan kerakusan pihak berkenaaan mengejar kuasa dan jawatan, sehingga mengabaikan persoalan integriti, tanggungjawab kepada negara dan impian besar rakyat Malaysia," kata Lim semasa dalam ucapan perbahasan Bajet 2014 peringkat Jawatankuasa hari ini.

Lim membidas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar yang gagal menjalankan tanggungjawab sehingga menyebabkan rakyat Malaysia hilang kepercayaan.
"Walaupun Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri menyifatkan ini sebagai kejadian terpencil, nyawa yang hilang pasti tidak dapat diganti.
"Keyakinan rakyat terhadap kesungguhan pihak berkuasa dalam melaksanakan tugas menjaga keselamatan negara dan rakyat jelata sekali lagi berkecai," katanya lagi.
Menurut Lim, sikap tidak bertanggungjawab tersebut juga menyebabkan rakyat Malaysia ketika ini hidup dalam ketakutan.
"Namun hakikatnya hari ini kita dapat lihat bahawa rakyat ramai hidup dalam ketakutan.
"Ketakutan ini tidak boleh dinafi dan disembunyikan sepertimana grafiti dan seni mural yang menampilkan kritik sosial yang benar, boleh disorok dengan selapis cat putih seperti yang dibuat pihak berkuasa tempatan di Johor," kata Lim yang merujuk kepada grafiti hasil karya Ernest Zacharevic yang menjadi kontroversi minggu ini.
Lim juga mendakwa tuduhan Pakatan Rakyat (PR) selama ini tentang kewujudan kad pengenalan palsu yang digunakan dalam pilihan raya lalu adalah benar. Ia dibuktikan lagi dengan kes tembakan membabitkan warga Indonesia yang memegang kad pengenalan biru kononnya identiti palsu.
"Bagaimana orang ini boleh mendapat MyKad, dan kalaupun MyKad itu palsu, bagaimana orang ini boleh membuka akaun bank, menerima gaji setiap bulan, malah boleh diberikan lesen senjata api oleh pihak Kementerian Dalam Negeri?
"Adakah orang ini turut mengundi dalam PRU 13 yang lalu? Adakah kerana tuan punya syarikat keselamatan itu merupakan kroni parti pemerintah maka kementerian boleh pejam sebelah mata?" kecamnya lagi.
Lim mendakwa kes-kes pemalsuan IC sama ada palsu ataupun diberikan secara sah oleh pemerintah seperti yang berlaku di Sabah dan Sarawak seperti didedahkan dalam Suruhanjaya Inkuiri lalu menunjukkan kedaulatan negara telah dicabul oleh Umno dan juga BN selama ini.
"Sistem yang ada inilah yang membuatkan negeri berdaulat seperti Sabah dan Sarawak semakin hilang kedaulatannya, apabila warga asing senang-senang mendapat MyKad dan mengambil alih ekonomi rakyat serta secara langsung menggugat kestabilan dan keselamatan negara.
"Sistem ini lah yang mencabuli hak rakyat Sabah, yang hidup dalam negeri yang sangat kaya, tetapi warganya sangat miskin; malah dilayan dengan amat berbeza sekali oleh kerajaan persekutuan," katanya lagi.
Beliau turut menggesa satu Suruhanjaya Siasatan Diraja dibentuk sempena ulang tahun ke-50 pertubuhan Malaysia, untuk mengkaji dan menyiasat sama ada janji-janji yang tertera dalam Perjanjian 20 Perkara dengan Sabah dan Perjanjian 18 Perkara dengan Sarawak telah ditunaikan ataupun telah dikhianati oleh kerajaan BN.
Dalam isu integriti, Lim mempersoalkan kredibiliti pemerintah BN yang disifatkannya tidak serius dalam menangani isu rasuah, beberapa isu seperti Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan kes balak di Sarawak.
"Lihat sahaja bagaimana Jabatan Peguam Negara langsung tidak merayu keputusan mahkamah yang membebaskan Tun Dr Ling Liong Sik daripada tuduhan rasuah skandal PKFZ.
"Sehingga kini pihak SPRM tidak berani menyentuh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud walaupun banyak aduan telah dibuat dan bukti telah didedahkan," katanya lagi.
Lim semasa menutup ucapannya berkata, "Masanya sudah tiba untuk kita berusaha bersama demi merealisasikan impian Malaysia, dan menyelamatkan rakyat daripada ‘mimpi ngeri Malaysia’ yang panjang ini."
Sumber: The Malaysian Insider
0 comments:
Post a Comment