Perbahasan Belanjawan Kementerian Sumber asli dan Alam Sekitar. 20/11/2013
Terima kasih, Dato Pengerusi.
Isu pertama yang saya ingin membawa adalah masalah jerubu yang sering melanda kita. Butiran 060300Bila ini berlaku, pihak berkuasa di Malaysia akan mengatakan, puncanya adalah daripada kebakaran padang gambut di Indonesia. Ini biasa diikuti oleh kenyataan daripada Indonesia bahawa syarikat-syarikat Malaysia di Indonesia adalah punca pihak yang menyebabkan kebakaran padang gambut.
Terima kasih, Dato Pengerusi.
Isu pertama yang saya ingin membawa adalah masalah jerubu yang sering melanda kita. Butiran 060300Bila ini berlaku, pihak berkuasa di Malaysia akan mengatakan, puncanya adalah daripada kebakaran padang gambut di Indonesia. Ini biasa diikuti oleh kenyataan daripada Indonesia bahawa syarikat-syarikat Malaysia di Indonesia adalah punca pihak yang menyebabkan kebakaran padang gambut.
Siasatan saya telah menunjukkan bahawa
1. Kebakaran padang ganbut di Kalimantan dan Sumatra memang punca utama masalah jerubu.
2. Kebakaran ini biasanya tidak disebabkan oleh syarikat-syarikat perladangan Malaysia tetapi oleh peladang kecil warga Indonesia yang ingin membuka tanah baru.
3. Sebab utama dalam pengwujudan masalah ini adalah penurunan paras air dalam tanah atau pun water table di kawasan-kawasan yang terlibat ekoran projek-projek besar yang diambil oleh kerajaan Indonesia untuk memulihkan tanah paya yang luas untuk melancarkan projek-projek pertanian besar di Kalimantana dan Sumatra Selatan.
Adakah Kementerian menerima analisa ini? Jika "ya" bolehkah kita kerja bersama kerajaan Indonesia untuk memetakan kawasan-kawasan di mana paras air dalam tanah adalah terlalu rendah? Mungkin beribu-ribu hectar terlibat. Paras air dalam tanah boleh ditingkatkan dengan membina ampangan di tali air dan longkang besar yang telahpun dibina oleh kerajaan pada satu masa dahulu. Pendekatan seperti ini adalah jauh lebih baik daripada tuduh menuduh satu sama lain tiap kali masalah jerubu timbul pada musim kering.
Isu kedua yang saya ingin bangkit adalah di bawah butiran 060200, Penilaian Alam Sekitar. Saya rasa sudah sampai masa kita menilai balik kaedah kita melaksanakan kajian EIA - Environment Impact Assessment - penilaian impak projek pembangunan terhadap alam sekitar. Kaedahnya sekarang mewajibkan syarikat pemaju untuk melantik dan membayar syarikat pakar EIA untuk melaksanakan kajian tersebut. Masalah dengan kaedah sebegini adalah syarikat pakar EIA yang sangat profesional tidak akan disenangi oleh pihak pemaju. Syarikat yang ta begitu strict akan disukai oleh pemaju. Ada satu istillah Inggeris Tuan Pengerusi, dengan izin, "He who pays the piper, call the tune." Ertinya pihak yang membayar pakar EIA dapat mempengaruhi keputusan kajian itu.
Mengapa tidak boleh tukar ke kaedah seperti ini - wajibkan syarikat pemaju membayar fi untuk melaksanakan kajian EIA kepada Kementerian Alam Sekitar. Dan Kementerian yang melantik dan membayar syarikat pakar EIA itu. Pendekatan seperti ini akan memastikan bahawa laporan yang dibekalkan oleh syarikat pakar EI adalah lebih profesyional.
Sekarang saya ingin alih ke isu Lynas - butiran 060300, Pengawasan. Pada jawapan soalan pada 18/7/2013, Menteri Sains, Teknoloji dan Inovasi telah mengatakan " Lynas hendaklah menyediakan Permanent Disposal Facility (PDF) bagi pengurusan pembuangan sisa toksik dan radioaktif . ." Tetapi Menteri yang sama, pada 22/10/2013 telah memberi jawapan di Parlimen bahawa "Lynas sedang menjalankan R&D ke atas residu supaya ia boleh ditukar kepada produk selamat yang ada commercial value seperti synthetic aggregate. Pada masa ini kesemua residu diguna untuk tujuan tersebut."
Tuan Pengerusi, ini amat membimbangkan. Radioaktiviti diukur dengan pakai unit Becquerrel di mana satu sinaran radioaktif dalam satu saat dipanggil 1 Becquerrel (Bcq). Ikut piawaian antarabaangsa, bahan dengan sinaran radioaktif lebih daripada 1 BCQ se gram adalah disifatkan sebagai bahan radioaktif. Kami diberitahu bahawa residu Lynal mempunyai bacaan 6.4 Bcq segram. Tetapi jika tiap gram residu ini dicampur dengan 10 gram pasir, sinaran radioaktifnya akan turun ke bawah daripada paras 1 Bcq kerana ianya telah didilute. Tetapiini tidak bererti ia-nya selamat. Jika residu yang telah dicampur dengan pasir atau simen dipakai untuk buat jalan ataupun bangunan, sinaran yang disebabkan olehnya masih boleh membawa kesan buruk terhadap manusia.
Umpamanya, jika kita tuang lebih air panas untuk mengurangkan kemanisan satu cawan minimuman, itu tidak mengurangkan amaun gula yang diminum kita. Samalah ini. Kita dilute residu Lynas dengan pasir, tetapi dos sinaran radioaktif yang diterima oleh orang ramai masih merbahaya.
Isu Lynas biasa dikawal oleh Kementerian Sain, Teknologi dan Inovasi. Tetapi sekarang dengan cadangan inovative untuk kitar semula residu untuk membekalkan roadmix dan simen, Kemeterian Alam Sekitar juga harus mengambil berat dan memantau tingkahlaku kilang ini.
Poin terakhir saya adalah Pemansan Dunia, di bawah butiran 150500. Kerajaan kita telah memberi jaminan di perengkat antarabangsa bahawa kita akan mengurangkan intensiti pengeluaran karbon dioxida 40% seunit GDP. Jika dulu kita keluaarkan xkg CO2 setiap RM 1 bilion GDP kita, sampai 2020 kita akan cuba kurangkannya ke 0.6Xkg CO2 untuk setiap RM 1 bilion GDP. Tetapi tuan Pengerusi kita tetap mahu menambahkan GDP kita dengan kadar yang pantas sekali - 4% tau 6%.
Bolehkah Kementerian Alam Sekitar mengkaji balik pendekatan ini yang bersifat (dengan izin) "growth at all cost"? Mahathma Gandhi pernah berkata (dengan izin) " There is enough in the world for everyone's needs but there isn't enough for everyone's greed". Ertinya ada cukup untuk keperluan asas semua rakyat tetapi tidak cukup untuk ketamakan semua.
Tuan Pengerusi, masalah kemiskinan di Negara kita bukan berpuncan daripada GDP negara yang rendah. Punca kemiskinan adalah pengagihan kekayaan yang tidak adil. Bolehkah Kementerian Alam Sekitar memainkan peranan pimpinan dalam menganjurkan dialog di masyarakat kita bagaimana "carbon footprint " kita dapat dikawal dan dikurangkan?
Terima kasih Tuan Pengerusi.
0 comments:
Post a Comment