Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri patut berundur atau dipecat kerana membuat andaian berhubung kehilangan MH370 yang didakwa menjadikan “krisis kredibiliti” kerajaan menjadi lebih parah.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menganggap, andaian bahawa MH370 berpatah balik atas arahan pusat kawalan yang dibuat Rahim itu tidak bertanggungjawab, cuai dan karut.
“Kesilapan Abdul Rahim menjadi lebih parah apabila beliau kelmarin mendakwa bahawa jawapan lebih tepat akan diberikan hanya setelah sisa pesawat ditemui,” kata angggota Parlimen Gelang Patah itu.