Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri patut berundur atau dipecat kerana membuat andaian berhubung kehilangan MH370 yang didakwa menjadikan “krisis kredibiliti” kerajaan menjadi lebih parah.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menganggap, andaian bahawa MH370 berpatah balik atas arahan pusat kawalan yang dibuat Rahim itu tidak bertanggungjawab, cuai dan karut.
“Kesilapan Abdul Rahim menjadi lebih parah apabila beliau kelmarin mendakwa bahawa jawapan lebih tepat akan diberikan hanya setelah sisa pesawat ditemui,” kata angggota Parlimen Gelang Patah itu.

Abdul Rahim semalam berkata, kenyataannya sebelum ini, bahawa MH370 berpatah balik kerana mendapat arahan pusat kawalan, hanya andaian dan ia tidak tepat.
Dalam kenyataannya hari ini, Lim mempersoalkan kenapa penjelasan itu ditangguhkan sedangkan rakyat Malaysia berhak tahu mengenainya.
“Apakah Abdul Rahim ingin mengatakan bahawa tidak mungkin untuk mengetahui mengapa tiada tindakan susulan oleh TUDM (tentera udara) ketika MH370 hilang dari radar awam, tetapi berjaya dikesan oleh radar tentera melainkan jika 'kotak hitam' ditemui?”
Sumber: MalaysiaKini
0 comments:
Post a Comment