KAJANG 23 Mac : Telefon bimbit Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh digodam hari ini serta digunakan untuk menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pengundi Dun Kajang.
FuziahDalam satu kenyataan ringkas kepada Keadilan Daily, Pengarah Komunikasi KEADILAN Fahmi Fadzil memaklumkan kandungan SMS itu menyeru pengundi mengambil ganjaran wang apabila selesai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Kandungan SMS tersebut berbunyi :- PENGUNDI LUAR KAJANG: Mohon amb ganjaran anda RM 100 dibilek Gerakan PKR,Lot 4711 Bt 12 3/4 Jln Cheras Kajang pagi ini pada pukul 8 – 11 pagi shj.
Oleh itu, orang ramai khususnya pengundi dalam Pilihan Raya Kecil Kajang hari ini tidak terpedaya dengan SMS berkenaan.

Ini bukan kali pertama telefon bimbit pemimpin KEADILAN digodam.
 
Turut menjadi mangsa sebelum ini ialah Timbalan Presiden, Azmin Ali dan dua oarang Naib Presiden iaitu Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar.

Sejumlah 38,055 pengundi berdaftar akan membuang undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang hari ini.

PRK ini menyaksikan pertembungan antara calon KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan cNaib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun, yang mewakili BN.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh dilapor menjangkakan lebih 80% pengundi keluar mengundi hari ini.

SPR juga menjangkakan keputusan PRK itu dapat diketahui selewat-lewatnya 9 malam ini.
Sebanyak 15 pusat mengundi di kawasan DUN Kajang dibuka mulai 8 pagi ini bagi membolehkan pemilih berdaftar melaksanakan tanggungjawab mereka.

Sumber: KeadilanDaily

0 comments:

top