Fomca - Baiki Mutu Hospital Swasta Dulu

Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menegaskan bahawa bayaran perubatan untuk sektor perubatan swasta tidak patut dinaikkan sebelum kualiti perkhidmatan tersebut ditingkatkan.

Naib presiden Fomca Ratna Devi Nadarajan berkata Fomca menerima 882 rungutan mengenai penyedia perkhidmatan kesihatan pada tahun 2011 dan yang majoritinya melibatkan sektor swasta.

"Tanggapannya ialah perkhidmatan kesihatan swasta memberi perkhdmatan lebih baik.

"Tetapi antara rungutan diterima adalah rawatan yang teruk dari doktor, kegagalan memberitahu sebab untuk rawatan, (melakukan) ujian tidak perlu untuk untuk mengenakan bayaran kepada pelanggan dan dos yang salah (untuk ubat-ubatan)," kata beliau ketika dihubungi.

"Jadi dengan peningkatan bayaran, mereka mesti tunjukkan bagaimana perkhidmatan mereka bertambah baik.

Dengan kenaikan kadar bayaran itu, pesakit yang mengadu mengenai mutu perkhidmatan sepatutnya mempunyai peluang lebih baik untuk menuntut gantirugi, katanya.

"Sekarang, jika mereka tidak gembira dengan perkhidmatan perubatan, mereka boleh bawa kes kepada Majlis Perubatan Malaysia. Tetapi ramai yang tidak sedar bahawa proses dan panelnya terdiri oleh para doktor.

"Sebuah tribunal perubatan yang mirip Tribunal Tuntuan Pengguna di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia patut diperkenalkan," kata beliau.

Sumber: MalaysiaKini

0 comments:

top