Jurang Pendapatan Akibat Potong Subsidi

Satu kajian Universiti Malaya menunjukkan pemotongan subsidi bahan api boleh menyebabkan ketidakseimbangan pendapatan bandar dan luar bandar merosot ke tahap yang direkodkan pada tahun 1970.

Profesor Pusat Kajian Kemiskinan dan Pembangunan Universiti Malaya Dr Fatimah Kari berkata isirumah Melayu-Bumiputera miskin akan terjejas paling teruk kerana mereka sudahpun berada dalam lurah kemiskinan yang dalam, sama ada di bandar atau di luar bandar.

Fatimah yang membentangkan hasil kajiannya kepada media hari ini berkata kemerosotan itu boleh berlaku dalam jangka pendek sehingga tempoh sederhana jika jurang pendapatan ini tidak ditangani melalui dasar ekonomi.

"Kita amat bimbang perkara ini. Pada tahun 1970, nisbah pendapatan antara luar bandar dan bandar ialah 1:2 iaitu untuk setiap RM1 yang diperolehi oleh orang luar bandar, orang bandar mendapat RM2.

"Data terbaru diterima pada tahun 2012 ialah 1:1.7. Kami rasa ada kemungkinan ia akan kembali kepada tahun pada tahun 1970.

"Ini situasi yang menekan, dan ini bermakna tindakan afirmatif selama 40 tahun kini sia-sia," kata Fatimah.

Sumber: MalaysiaKini

0 comments:

top