Showing posts with label Ejen Perisikan Amerika. Show all posts
Showing posts with label Ejen Perisikan Amerika. Show all posts
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak cukup berani untuk mengkritik Amerika Syarikat ekoran dakwaan kegiatan intipannya di negara ini.

"Sehingga kini tidak ada kenyataan daripada perdana menteri. Dia tidak berani mengkritik tindakan kasar dan tidak boleh diterima Amerika itu," kata Anwar dalam sidang Dewan Rakyat hari ini ketika membahas Bajet 2014 dalam peringkat jawatankuasa.

Baru-baru ini, Edward Snowden mendedahkan kegiatan pengintipan global yang dibuat oleh Amerika dan Australia di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Snowden mendakwa, Amerika menjalankan kegiatan pengintipan itu melalui stasen pengintipannya yang terletak di dalam bangunan kedutaan Amerika di Kuala Lumpur dengan mengintip perbualan telefon dan rangkaian komunikasi.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut agar Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail "direhatkan" ekoran dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terdapat dua orang ejen agensi perisikan Amerika Syarikat  di Pejabat Peguam Negara.

Anwar, yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh menegaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mengambil tindakan segera memandangkan terdapat banyak dakwaan negatif terhadap Abdul Gani.

"Dakwaan oleh Dr Mahathir bahawa Pejabat Peguam Negara mempunyai dua ejen Amerika adalah mengejutkan dan memerlukan tindakan serta merta daripada perdana menteri dan juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi," kata Anwar dalam kenyataan di Kuala Lumpur lewat malam tadi.
top