Showing posts with label Kerajaan Persekutuan. Show all posts
Showing posts with label Kerajaan Persekutuan. Show all posts
KENYATAAN MEDIA

Media hari ini melaporkan bahawa kakitangan hospital terpaksa mengambil alih kerja-kerja mencuci tandas dan wad di kebanyakan hospital kecuali di hospital Serdang.

Dilaporkan hanya 13 orang dari 135 orang dihantar oleh Radicare untuk kerja pembersihan di hospital Klang.

Keadaan di beberapa hospital di Selangor sudah di tahap  'huru-hara' bukan sahaja disebabkan kebanjiran begitu ramai pesakit tetapi juga timbulnya masalah kebersihan dan kutipan sampah.

Perkara in telah dibawa kepada pengetahuan saya bahawa syarikat Radicare Sdn Bhd telah diberikan kontrak kerja-kerja pembersihan di semua hospital sejak 2014 telah mengurangkan tenaga kerjanya. Dari 120 orang, diberitakan ianya hanya tinggal 20 orang sahaja bekerja di setiap hospital. Ini menyebabkan terjejasnya kebersihan tandas dan persekitaran wad-wad di kebanyakan hospital di seluruh negeri Selangor.

Ini jelas menunjukkan bagaimana kontrak penswastaan yang telah diberikan kepada syarikat kroni telah mula menampakkan kesan negatif.

Hospital adalah tempat orang ramai mendapat rawatan perubatan dan bayangkan sekiranya tahap kebersihan tempat tumpuan orang ramai tidak dapat di jaga di sebabkan syarikat swasta tadi memotong tenaga kerjanya maka sudah tiba masanya pemberian kontrak tersebut dikaji semula.

Kesihatan rakyat merupakan keutamaan melebihi  keuntungan wang ringgit. Lantaran itu kita mengesa Kerajaan Persekutuan mengkaji semula semua kontrak yang diberikan kepada syarikat swasta oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menjimatkan kos dan agar perkhidmatan yang diberikan lebih efektif.

YB Dr. Xavier Jayakumar
Adun Seri Andalas
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut agar Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail "direhatkan" ekoran dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terdapat dua orang ejen agensi perisikan Amerika Syarikat  di Pejabat Peguam Negara.

Anwar, yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh menegaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mengambil tindakan segera memandangkan terdapat banyak dakwaan negatif terhadap Abdul Gani.

"Dakwaan oleh Dr Mahathir bahawa Pejabat Peguam Negara mempunyai dua ejen Amerika adalah mengejutkan dan memerlukan tindakan serta merta daripada perdana menteri dan juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi," kata Anwar dalam kenyataan di Kuala Lumpur lewat malam tadi.
KUALA LUMPUR 2 OKTOBER: Kecurangan penggunaan wang rakyat seperti yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara akibat daripada kegagalan urustadbir kerajaan, kata Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh.

Beliau berkata, kerajaan gagal mengamalkan beberapa prinsip yang terkandung dalam tatakelola pentadbiran yang baik seperti akauntabiliti, integriti dan ketelusan.

Fuziah Salleh“Pendedahan laporan itu menunjukkan wang rakyat gagal diurus dengan baik. Begitu banyak pembaziran dan peruntukan yang diberikan hangus begitu sahaja,” ujarnya kepada Keadilan Daily.

Ahli Parlimen Kuantan itu turut bimbang soal keselamatan negara apabila Audit mendapati sebanyak RM1.33 juta aset polis termasuk senjata api dan gari hilang di bawah jagaan pasukan itu.
KUALA LUMPUR 2 OKTOBER: Wang rakyat dikhianati tanpa rasa bersalah. Itu yang berlaku apabila kerajaan boros membelanjakan sejumlah wang yang tinggi tetapi berakhir dengan pembaziran.

Membidas salah laku kerajaan yang dibongkar menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012, Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail kesal kerana wang yang sepatutnya dibelanjakan untuk manfaat rakyat diseleweng dan sia-sia.

“Sekali lagi Laporan Audit terbaru menghidangkan cerita pembaziran dan perbelanjaan melampau…wang rakyat dikhianati tanpa rasa bersalah!

“Menguruskan wang negara ibarat menjaga darah sebatang tubuh, jika terpotong dan darah keluar tak terkawal, nescaya lemah tubuh itu,” sinisnya di twitter.
KUALA LUMPUR 2 OKTOBER: Pakatan Rakyat mencadangkan satu Jawatankuasa Majlis Tindakan diwujudkan bagi memastikan segala ketirisan yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara diambil tindakan tegas.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, jawatankuasa itu perlu dianggotai oleh Timbalan Perdana Menteri, Ketua Pembangkang dan Ketua Audit Negara.

Ini berikutan setiap kali laporan dibentangkan, masih terdapat ketirisan yang berlaku dan insiden ini tidak pernah diambil tindakan tegas.

“Ia bagi membincangkan bentuk tindakan yang perlu diambil bagi mereka yang didapati menyeleweng.
 
“Kita lihat laporan audit merekodkan terlalu banyak ketirisan berlaku terutamanya dalam isu-isu pembelian aset sepertimana tahun-tahun lepas. Tapi tidak ada satu pun tindakan tegas diambil walaupun perkara itu dilaporkan,” kata Ahli Parlimen Bagan itu pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
top