KUALA LUMPUR 2 OKTOBER: Wang rakyat dikhianati tanpa rasa bersalah. Itu yang berlaku apabila kerajaan boros membelanjakan sejumlah wang yang tinggi tetapi berakhir dengan pembaziran.

Membidas salah laku kerajaan yang dibongkar menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012, Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail kesal kerana wang yang sepatutnya dibelanjakan untuk manfaat rakyat diseleweng dan sia-sia.

“Sekali lagi Laporan Audit terbaru menghidangkan cerita pembaziran dan perbelanjaan melampau…wang rakyat dikhianati tanpa rasa bersalah!

“Menguruskan wang negara ibarat menjaga darah sebatang tubuh, jika terpotong dan darah keluar tak terkawal, nescaya lemah tubuh itu,” sinisnya di twitter.

Turut sama mengecam pelbagai ketirisan dan penyelewengan yang dilapor, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia dan bekas Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad.

“Pembaziran, rasuah dan kecuaian di jabatan-jabatan kerajaan suatu penghinaan kepada penjawat-penjawat awam dan kebajikan mereka,” kata beliau yang juga Timbalan Speaker DUN Selangor.

Sumber: KeadilanDaily

0 comments:

top