KUALA LUMPUR 28 OKT : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sengaja menyembunyikan kenaikan harga minyak masak dan memilih untuk mengumumkan secara terbuka pemotongan subsidi gula.
Beliau turut mempersoalkan tindakan berkenaan ketika pengeluaran minyak sawit sedang melonjak dan rakyat masih dikejutkan dengan kenaikan harga gula.
Anwar berkata, pihaknya tertanya punca Najib ‘segan’ untuk mengumumkan kenaikan harga minyak masak yang bakal dihadapi akibat pengurangan subsidi yang bernilai RM505 juta yang sama dengan penghapusan subsidi gula dalam ucapan Belanjawan Negara 2014, pada 25 Oktober lalu.

“Kenapa kerajaan pilih untuk mengurangkan subsidi dan menyembunyikan kesan pengurangan subsidi minyak masak. Dalam situasi semasa, yang mana pengeluaran minyak mentah kelapa sawit dunia berada pada tahapp yang tertinggi,” kata Anwar dalam ucapan perbahasan Belanjawan 2014, di Parlimen, di sini, hari ini.
Anwar turut mempersoalkan tindakan kerajaan pusat yang tidak memilih inisiatif untuk memperuntukkan subsidi minyak kelapa sawit (CPO) kepada setiap isi rumah.
“Sebagai contoh, Indonesia memperuntukkan CPO sebanyak dua liter kepada setiap isi rumah, selain subsidi biofuel. Kenapa Malaysia tiada inisiatif itu sedangkan harga minyak masak akan dinaikkan,” katanya.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, berkata kesan penghapusan subsidi gula sebanyak 34 sen akan menyebabkan keuntungan dua syarikat gula iaitu Malaysian Sugar Manufacturing dan Central Sugar kepada 20 hingga 25 peratus iaitu sebanyak RM1 bilion setahun, akibat pengukuhan monopoli syarikat itu.
Katanya, tindakan pengurangan subsidi itu menjadikan syarikat korporat mendapat keuntungan berganda tetapi rakyat dibebankan dengan kenaikan harga gula.
“Keuntungan syarikat itu sebelum cukai adalah sekitar sembilan peratus dengan pendapatan kasar industri itu sekitar RM4 bilion dan dengan penghapusan itu, ia akan melonjak naik 20 hingga 25 peratus. Jelas sekali yang rugi dan terus dibebani adalah rakyat dan Sebaliknya syarikat korporat besar dibelai dan dilindungi kerajaan,” katanya.
Sumber: SelangorKu
0 comments:
Post a Comment