KUALA LUMPUR 21 OKT: Pakatan Rakyat (PR) mencadangkan skim caruman perlindungan Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO) diperluaskan untuk tempoh 24 jam.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, skim perlindungan 24 jam itu membabitkan caruman sebanyak RM1 oleh majikan, pekerja dan kerajaan pusat.

Katanya, skim sedia ada hanya melindungi pekerja untuk waktu bekerja sahaja dan tidak melindungi pencarum di luar waktu terbabit apabila berlaku kemalangan.

“Pelaksanaan perlindungan ini membabitkan caruman RM3 sebulan iaitu lebih jauh daripada apa yang disumbangkan oleh pekerja secara purata sekarang,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Alternatif PR 2014, di Parlimen, hari ini.

Guan Eng berkata, kekurangan perlindungan insurans untuk pekerja perlu diberikan perhatian sewajarnya dan perlu diperluaskan dalam usaha memastikan kebajikan pekerja terjamin.

“Kita lihat kurang alternatif membabitkan skim insurans yang melindungi kebajikan pekerja. Justeru, polisi ini dicadangkan supaya perlindungan sepanjang 24 jam diberikan dan tidak terhad pada waktu kerja sahaja,” katanya.

Sumber: SelangorKu

0 comments:

top