SHAH ALAM 3 OKTOBER : Kerajaan Barisan Nasional (BN) mengambil tindakan terkebelakang dalam mempertahankan kebebasan manusia apabila meluluskan kembali pelaksanaan tahanan tanpa bicara, tegas Human Rights Watch (HRW).
Timbalan Pengarah Asia HRW, Phil Robertson, berkata beliau mengecam pindaan Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 (PCA) kerana melanggar kebebasan manusia tanpa mencapai matlamat sebenarnya untuk mengurangkan jenayah.
“Kerajaan perlu segera membatalkan pindaan itu yang akan mengembalikan semula penahanan tanpa perbicaraan ,” kata Robertson dalam satu kenyataan.
Kata Robertson, dengan pindaan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengancam kebebasan rakyat dan memberikan gambaran buruk reputasi negara di peringkat dunia.

Beliau menyeru Najib Razak mengotakan janjinya pada September 2011 untuk membawa negara yang menghormati semangat demokrasi dengan keamanan serta undang-undang dipertahankan sejajar dengan keluhuran perlembagaan dan undang-undang.
Sebelum ini, usaha wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk menggagalkan kelulusan rang undang-undang itu tidak berjaya apabila ia diluluskan dengan suara majoriti daripada penyokong kerajaan Barisan Nasional.
Sumber: Selangorku
0 comments:
Post a Comment