Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Malaysia membeli hartanah di London pada harga lebih tinggi berbanding harga pasaran hartanah tidak berubah United Kingdom, dan keadaan itu menimbulkan kebimbangan sebarang masalah akan menyebabkan kehilangan dana awam sehingga berjuta ringgit.

Beberapa ejen hartanah berkata, pembelian Grand Plaza Serviced Apartments di kawasan Bayswater, London yang bernilai £97.9 juta oleh Felda adalah contoh pembelian melebihi harga pasaran kerana syarikat penilai hartanah terkemuka Savills and Knight Frank menilai harga hartanah tersebut hanya pada harga £80 juta untuk beberapa tahun kebelakangan ini.

“Pasaran hartanah UK tidak berubah di kebanyakan tempat termasuk London. Apa yang syarikat Malaysia bayar sangat mahal dan boleh menimbulkan masalah,” kata ejen hartanah berasal dari Malaysia yang enggan namanya diberitahu.
Sebelum ini The Malaysian Insider melaporkan pembelian tersebut sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan sudah dilaporkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Broker itu berkata, GLC lain Malaysia dan agensi seperti Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) dan Lembaga Tabung Haji turut membeli hartanah komersial di ibu kota negara itu.

“Sesetengah agensi tidak menggunakan ejen hartanah dan pergi terus kepada penjual dan membayar harga lebih tinggi daripada harga pasaran.

“Ejen hartanah kehilangan komisen, tetapi yang lebih penting, harga tidak boleh dijustifikasi. Siapa yang rugi? Rakyat Malaysia yang rugi,” kata seorang lagi ejen hartanah yang mahir dengan hartanah London.

Beliau yang tidak mahu dinamakan berkata, ejen mewakili GLC ada menemuinya untuk bertanya mengenai hartanah itu, tetapi kemudian berjumpa penjual secara terus dan membeli harga hartanah itu dengan lebih mahal.

Difahamkan, Tabung Haji yang dipengerusikan oleh pengerusi baru, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim sejak Julai 2013, sedang mencari lebih banyak hartanah di London selepas agensi itu membeli hartanah dengan £205 juta di 151 Buckingham Palace Road di ibu kota negara itu, Febuari lalu.

Ejen hartanah memberitahu, Tabung Haji bersaing dengan Hines, termasuk KWSP dan KWAP untuk membayar kurang £15 juta daripada harga ditawarkan.

Pembelian 151 Buckingham Palace Road berlaku selepas Tabung Haji membeli SJ Berwin’s distinctive City offices adi 10 Queen Street Place dengan harga £165 juta, pada September, 2012.

Sumber: The Malaysian Insider

0 comments:

top