Adalah menjadi matlamat YB Dr Xavier Jayakumar selaku ADUN Seri Andalas untuk memastikan kebajikan setiap rakyat didalam kawasannya diberi penekanan. Ini adalah termasuk golongan wanita yang memainkan peranan penting dalam sesebuah keluarga dalam setiap komuniti.

Atas keprihatinan yang seiring dengan keutamaan Kerajaan Negeri Selangor untuk menjaga kebajikan rakyat, berbagai-bagai program untuk wanita telah diadakan sejak tahun 2008 lagi.

Antaranya adalah menganjurkan kelas-kelas seperti menjahit manik, menjahit pakaian dan langsir, menghasilkan mee dan membuat kek.

Sejak bulan Mac 2013, kelas-kelas berikut telah dianjurkan:

KELAS MENJAHIT MANIK - Tiga kelas menjahit manik telah dianjurkan, para wanita diajar kemahiran untuk membuat rantai manik yang kini popular dijual secara dalam talian. Para wanita yang mengikuti kelas ini diberikan sijil pada akhir tamat kelas.






KELAS MENJAHIT ASAS - Bagi wanita yang berminat untuk mula mempelajari menjahit, kelas jahitan asas dan langsir dianjurkan. Dua kelas telah diadakan sejak Mac 2013. Setiap sesi adalah selama dua setengah jam selama empat hari. Sijil tamat latihan diberikan dan kepada mereka yang ingin meneruskan ke tahap yang seterusnya, Pejabat Khidmat ADUN Seri Andalas juga menganjurkan kelas menjahit pakaian tradisional seperti pakaian Punjabi.



KELAS MENJAHIT PAKAIAN PUNJABI - Empat kelas telah diadakan. Setiap sesi adalah selama dua setengah jam selama tujuh hari. Kelas-kelas menjahit adalah percuma, para wanita hanya perlu membawa bahan sendiri. Pada akhir kelas, para wanita akan diberi sijil tamat latihan.




KELAS MENGHASILKAN MEE - Satu kelas menghasilkan mee telah diadakan untuk mengajar para wanita untuk menghasilkannya dari rumah.



KELAS MEMBUAT KEK – Sebanyak lima kelas telah dianjurkan. Para peserta hanya perlu membayar minimum untuk bahan dan akan mempelajari berbagai-bagai jenis kek yang kini mendapat sambutan yang menggalakkan.



YB Dr Xavier Jayakumar berharap dengan segala program yang dianjurkan dapat membantu para wanita terutamanya yang datang dari latarbelakang ibu tunggal dan kurang berkemampuan untuk meningkatkan tahap ekonomi keluarga masing-masing.

Para wanita yang berminat untuk mengikuti kelas-kelas yang dinyatakan, bolehlah menghubungi Bilik Gerakan DUN Seri Andalas di talian 03-51610400 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

0 comments:

top