Showing posts with label Belanjawan 2014. Show all posts
Showing posts with label Belanjawan 2014. Show all posts
Media Alert / Hebahan Media

Sidang Media Belanjawan 2014 Selangor Atasi Masalah Banjir


YB Dr. Xavier Jayakumar akan mengadakan Sidang Media mengenai Belanjawan 2014 Negeri Selangor dalam mengatasi masalah banjir di sekitar DUN Seri Andalas dan Klang. Butiran adalah seperti dibawah:

Tarikh: 19 November 2013 (Selasa)

Masa: 3.00 petang

Tempat: Bilik Mesyuarat Pejabat DUN Seri Andalas
              No. 15A, Jalan Mohd Tahir 8,
              Taman Seri Mewah 4, Off Jalan Sungai Jati,
              41200 Klang, Selangor

Contact Person: En. Nordin Borhan 03-3373 4595 (Off) / 012-2619301  (H/P)

SEMUA EDITOR MEDIA DAN WARTAWAN DIJEMPUT HADIR
SHAH ALAM 19 NOV: Kerajaan Selangor akan membelanjakan RM2.28 bilion rizab simpanan bagi perbelanjaan pembangunan dan pengurusan pada 2014, kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Daripada jumlah itu, katanya, sejumlah RM1.225 bilion diperuntuk kepada perbelanjaan mengurus yang meliputi 53.7 peratus manakala bakinya RM1.055 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Membentang Belanjawan Berimbang Negeri Selangor 2014 , beliau berkata, sebanyak RM430 juta dibelanja bagi membiayai pembangunan enam inisitif melibatkan kepentingan rakyat. “Antaranya ialah RM150 juta bagi pembinaan Jambatan Ketiga Klang, pembinaan rumah mampu milik (RM100 juta) dan pembinaan beberapa bangunan sekolah (RM50 juta).
1. Sebenarnya, Bajet Barisan Nasional 2014 hanyalah satu pengulangan dan pengekalan sikap boros berbelanja Barisan Nasional yang hanya mementingkan dan menguntungkan segolongan kecil rakyat disebalik penambahan derita ekonomi dan bebanan kewangan rakyat terbanyak

2. Meskipun Bajet Barisan Nasional diramalkan akan mengakibatkan pengurangan defisit Negara dari 4% kepada 3.5% KDNK, apabila dikaji dengan lebih teliti, masalah fiskal ini tidak diatasi dengan cara yang betul. Perbelanjaan pengurusan negara sepatutnya dikurangkan melalui pengurangan perbelanjaan perbekalan dan perkhidmatan yang selalunya terededah kepada ketirisan dan pembaziran, manakala, perbelanjaan pembangunan sepatutnya ditambah untuk menjana lebih banyak program-program pembangunan ekonomi
KUALA LUMPUR 28 OKT : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sengaja menyembunyikan kenaikan harga minyak masak dan memilih untuk mengumumkan secara terbuka pemotongan subsidi gula.

Beliau turut mempersoalkan tindakan berkenaan ketika pengeluaran minyak sawit sedang melonjak dan rakyat masih dikejutkan dengan kenaikan harga gula.

Anwar berkata, pihaknya tertanya punca Najib ‘segan’ untuk mengumumkan kenaikan harga minyak masak yang bakal dihadapi akibat pengurangan subsidi yang bernilai RM505 juta yang sama dengan penghapusan subsidi gula dalam ucapan Belanjawan Negara 2014, pada 25 Oktober lalu.
KUALA LUMPUR 28 OKT : Pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) masih tidak mencukupi untuk mengimbangi pengurangan subsidi seperti yang dibentangkan Kerajaan Pusat, pada 25 Oktober lalu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata dengan potongan subsidi RM7.29 bilion, ia jauh melebihi kenaikan bayaran BR1M untuk 2014.

Katanya, secara kesimpulannya perbezaan sebanyak RM5.6 bilion yang dikutip kerajaan masih kekal dibiayai penerima BR1M kerana pengurangan subsidi, walaupun jumlah bantuan itu ditambah.
Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) seperti yang diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan belanjawannya di Parlimen adalah satu tamparan hebat kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah.

Malah, bermula pada kadar 6%, adalah sangat melampau. Perbandingan pelaksanaan GST yang dilaksanakan di Singapura pada kadar 7% sekarang ini juga adalah cubaan mengelirukan rakyat kerana ia mula diperkenalkan pada tahun 1994 dengan kadar hanya 3%, sejak 13 tahun yang lalu.

Dalam apa keadaan pun, membuat perbandingan dengan negara seperti Singapura dan negara-negara Eropah adalah sia – sia disebabkan tahap urus tadbir yang baik jauh lebih tinggi di negara – negara tersebut.

Anwar: Belanjawan Hukum Rakyat

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar Belanjawan 2014 hari ini yang menurutnya menghukum rakyat dan gagal menyentuh isu asas kebocoran dan urus tadbir yang baik.

"Kamu menghukum rakyat dengan GST (cukai barang dan perkhidmatan). Tiada perubahan antara jurang kaya dan miskin. Kita akan bersungguh-sungguh menentang GST," kata ketua pembangkang.

Anwar juga menyifatkan belanjawan kali ini sebagai paradoks kerana dianggap menyebelahi syarikat dan "orang kaya tetapi dalam masa yang sama memperkenal cukai yang melibatkan banyak pihak.

"Cukai lebih rendah untuk orang kaya, dana khas kepada syarikat, dalam masa yang sama kamu kenakan cukai umum yang akan jejaskan segmen besar masyarakat. Ini paradoks."
KUALA LUMPUR 22 OKT : Pakatan Rakyat (PR) yakin hasrat menurunkan perbelanjaan mengurus sebanyak 10 peratus dan defisit 3.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) boleh dicapai walaupun diragui pelbagai pihak.

Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming, berkata matlamat itu dapat dilaksanakan melalui pengurangan ketirisan dan pembaziran wang negara seperti yang dikenalpasti dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2012, baru-baru ini.

Beliau berkata, hasrat itu akan dapat dicapai jika program yang tidak efektif dan menelan belanja besar seperti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dimansuhkan segera.
top