Showing posts with label Kenaikan Harga Minyak. Show all posts
Showing posts with label Kenaikan Harga Minyak. Show all posts
KUALA LUMPUR 28 OKT : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sengaja menyembunyikan kenaikan harga minyak masak dan memilih untuk mengumumkan secara terbuka pemotongan subsidi gula.

Beliau turut mempersoalkan tindakan berkenaan ketika pengeluaran minyak sawit sedang melonjak dan rakyat masih dikejutkan dengan kenaikan harga gula.

Anwar berkata, pihaknya tertanya punca Najib ‘segan’ untuk mengumumkan kenaikan harga minyak masak yang bakal dihadapi akibat pengurangan subsidi yang bernilai RM505 juta yang sama dengan penghapusan subsidi gula dalam ucapan Belanjawan Negara 2014, pada 25 Oktober lalu.

Pemaju: Harga Minyak Naik, Harga Rumah Juga Naik

Peningkatan harga minyak sebanyak 20 sen yang diumumkan kerajaan pada hari Isnin lalu dijangka akan turut menyumbang kepada peningkatan harga rumah sehingga 10 peratus.

Laporan The Star yang memetik kenyataan dari wakil pemaju perumahan menyebut, peningkatan harga minyak itu menyebabkan kos bahan binaan meningkat.

Selain itu, peningkatan harga rumah berkenaan juga berpunca dari kekurangan jumlah tenaga kerja asing ekoran operasi besar-besaran yang dijalankan kerajaan untuk membasmi pendatang asing tanpa izin.

Presiden Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Datuk Seri Michael Yam Kong Choy dalam laporan itu berkata, kontraktor akan memindahkan kos yang ditanggung akibat kelewatan projek berkenaan kepada pembeli.
Tujuh tahun lalu, iaitu pada tahun 2006, ketika menaikkan harga minyak, kerajaan pernah membuat janji yang sama dengan apa yang dibuat oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan hari ini.

Ketika itu, kerajaan berjanji akan menggunakan penjimatan RM4.3 bilion dari kenaikan harga minyak untuk meningkatkan taraf pengangkutan awam di negara ini.

Namun, ia tidak pernah dilaksanakan. Pengangkutan awam di negara ini tetap pada kadar yang sama di mana rakyat tidak boleh bergantung kepadanya.
Harga jualan runcit petrol RON97 di seluruh negara naik 15 sen seliter kepada RM2.85 seliter berbanding RM2.70 seliter berkuatkuasa tengah malam ini.

Perkara tersebut disahkan oleh presiden Persatuan Pengusaha Petroleum Perak, Lee Chee Seng, ketika dihubungi Malaysiakini sebentar tadi.

Kenaikan itu lebih rendah berbanding peningkatan 20 sen untuk harga diesel dan petrol RON95 yang diumumkan kerajaan semalam.
MP DAP Liew Chin Tong berkata kenaikan harga petrol sebanyak 20 sen melalui pengurangan subsidi akan menyebabkan lebih ramai pemandu kereta beralih untuk mengguna motosikal dan seterusnya menyumbang kepada lebih banyak kemalangan maut.

petrol station queue price hike 020913 Beliau memberi alasan, jumlah kemalangan maut melibatkan motosikal adalah tiga kali lebih tinggi dari kemalangan melibatkan kereta, enam kali lebih tinggi berbanding pejalan kaki dan 50 kali lebih tinggi berbanding penumpang bas.

Beliau memetik kajian yang dijalankan satu badan antarabangsa International Association of Traffic and Safety Sciences yang menyebut rakyat Malaysia bertindak demikian ekoran kenaikan harga minyak antara Mac 2006 hingga 2008 – menyebabkan lebih banyak kematian pengguna motosikal.
KUALA LUMPUR: Kesan berganda ekoran kenaikan harga petrol RON95 dan diesel, hari ini memang tidak dapat dielakkan apabila kebanyakan sektor perkhidmatan berhubung kait antara satu sama lain.

Bukan sahaja perkhidmatan berkaitan petrol seperti tambang bas akan meningkat naik, segala perkhidmatan lain turut terkesan dengan kenaikan ini, tegas Timbalan Presiden Fomca, Muhammad Sha'ani Abdullah.

Bercakap kepada Harakahdaily, hari ini Sha'ani berkata industri petroleum dan diesel merupakan satu sumber yang berkait rapat dengan setiap rangkaian perkhidmatan.

"Tentunya kenaikan ini menyebabkan berlakunya rantaian limpahan berganda kepada setiap perkhidmatan apabila kosnya dinaikkan. Ia satu fenomena yang tidak dapat dielakkan," tegas beliau.

Namun, katanya kerajaan tidak boleh menimbulkan kemarahan di kalangan pengguna dengan mengatakan kenaikan ini tidak memberi kesan dan tidak membebankan pengguna.

Alasan tersebut, katanya ibarat memperbodohkan pengguna, sedangkan pengguna yang terpaksa menghadapi bebanan terhadap kos sara hidup yang meningkat.
SHAH ALAM 3 SEPT: Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Perusahaan Alat-alat Pengangkutan dan Sekutu menjangka kenaikan harga barang berleluasa dalam masa kurang sebulan berikutan peningkat kos pengangkutan.

Setiausaha Eksekutif kesatuan itu, Syed Shahir Syed Mohamud, berkata kenaikan itu berlaku apabila kos petroleum melibatkan banyak peringkat dalam pengeluaran sesuatu barang.

“Rakyat kena bersedia, tak berapa lama sahaja lagi, mungkin kurang sebulan akan menyebabkan kenaikan harga barang lain sebab petroleum melibatkan banyak peringkat,” katanya.

Kenaikan harga petrol RON 95 dan diesel sebanyak 20 sen yang berkuat kuasa hari ini sudah dijangka Pakatan Rakyat.
Syarikat pengangkutan kontena Taipanco Sdn Bhd akan menaikkan surcaj bahan api kargo daripada kadar tarif 16.19 peratus kepada 18.2 peratus, sebagai kesan daripada kenaikkan terbaru diesel sebanyak 20sen yang bermula tengah malam tadi.

"Kadar pengangkutan berbeza mengikut kawasan. Tetapi secara umum,  kadarnya RM100, ini bermakna pelanggan harus membayar tambahan RM18.20 untuk Faktor Penyelarasan Bahan Api (FAF)," kata Naib Presiden Association of Malaysian Hauliers.

"Ketika harga diesel sebanyak RM1.80 seliter, mereka membayar RM16.19. Kami akan maklumkan pelanggan kami tentang FAF baru hari ini."
Persatuan pengendali bas kini mahu harga tambang disemak semula ekoran tindakan kerajaan menaikkan harga minyak petrol RON95 dan diesel mulai tengah malam tadi.

Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, tambang itu mesti diselaraskan semula atau ia akan menjejaskan industri itu.

KUALA LUMPUR: Pada kadar baru petrol RM2.10 seliter, bermula hari ini pengguna hanya mendapat 4.762 liter bagi setiap pengisian RM10.

Berbanding sebelum kenaikan iaitu pada kadar RM1.90 seliter, pengguna menikmati 5.263 liter petrol bagi pembelian kadar serupa.

Ini bermakna, dengan pengisian RM10 bermula hari ini, pengguna kehilangan 0.501 liter berbanding semalam.

Harga bagi 0.501 liter, jika pada kadar semalam adalah RM1.05.

Ini bermakna bermula hari ini, pengguna kehilangan nilai ringgit yang dibelanja sebanyak RM1.05 bagi setiap RM10 pengisian petrol mereka.
top