Showing posts with label HYO (Hindu Youth Council). Show all posts
Showing posts with label HYO (Hindu Youth Council). Show all posts
Media Statement – YB Dr Xavier Jayakumar, ADUN Seri Andalas

Tamil Schools in Selangor Achieved the Best UPSR 2013 Results – Congratulations to All
 
The latest UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) results shows tremendous improvement in the Tamil schools (SJKT) in Selangor. Based on the results, SJKT in Selangor have achieved the best in country compared to SJKT in other states.

SJKT Simpang Lima, Klang is the top school in the country and two of the students have topped the state list. The top five SJKT with 7As:

1)      SJKT Simpang Lima, Klang, Selangor – 63 students with 7As
2)      SJKT Kajang, Selangor – 28 students with 7As
3)      SJKT Batu Caves, Selangor – 25 students with 7As
4)      SJKT Puchong Batu 14, Selangor – 24 students with 7As
5)      SJKT Rawang, Selangor – 22 students with 7As

The overall pass rate of 62.3 percent is the best till now. 398 students got 7As, an increase from 321 last year.

Pakatan Rakyat has proved that with a little bit of funding, help from the state, we have worked tirelessly with four NGO namely Tamil Foundation, EWRF (Education, Welfare & Research Foundation), (Child Information, Learning and Development Centre) and HYO (Hindu Youth Council), including the PIBG (Persatuan Ibubapa dan Guru) who have worked together to bring about this change.

I must sincerely put on record the work done by the Head Masters and teachers without whom this would not have happened. Syabas and terima kasih.

Lastly to all the parents and Old Boys Associations of these schools, give yourselves a pat on the back, we must now look forward to improve. Let’s put our hands together for a better and brighter future for our children.
 
Nandri to all of you.

YB Dr Xavier Jayakumar
Seri Andalas
Selangor State Assemblyman

15 November 2013

Kenyataan Media YB Dr Xavier Jayakumar

Tahniah Kepada Semua Pihak - Sekolah Tamil Di Selangor Capai Keputusan Terbaik UPSR 2013

Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang baharu diumumkan menunjukkan peningkatan ketara pencapaian Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di negeri Selangor. Mengikut keputusan tersebut, SJKT di Selangor secara keseluruhannya mendapat tempat terbaik berbanding keputusan negeri-negeri lain.

SJKT Simpang Lima, Klang mendapat tempat pertama di peringkat kebangsaan diantara kesemua SJKT dan dua pelajarnya mencatat keputusan terbaik di Selangor. Lima buah SJKT yang mencatatkan keputusan terbaik pencapaian 7A adalah;

1)      SJKT Simpang Lima, Klang, Selangor – 63 pelajar capai 7A
2)      SJKT Kajang, Selangor – 28 pelajar capai 7A
3)      SJKT Batu Caves, Selangor – 25 pelajar capai 7A
4)      SJKT Puchong Batu 14, Selangor – 24 pelajar capai 7A
5)      SJKT Rawang, Selangor – 22 pelajar capai 7A

Peratusan lulus secara keseluruhan adalah 62.3 dan adalah keputusan terbaik setakat ini. Seramai 398 pelajar mencapai 7A, suatu peningkatan berbanding 321 pada tahun lepas.

Pakatan Rakyat di Selangor telah membuktikan dengan pemberian dana dan bantuan daripada kerajaan negeri serta usaha berterusan dengan kerjasama empat NGO Tamil iaitu Tamil Foundation, EWRF (Education, Welfare & Research Foundation), CHILD (Child Information, Learning and Development Centre) dan HYO (Hindu Youth Council) serta PIBG (Persatuan Ibubapa dan Guru), perubahan yang baik ini dapat dicapai.

Ikhlas saya katakan, keputusan yang baik ini juga adalah hasil usaha yang gigih daripada para guru besar dan guru-guru. Syabas dan terima kasih. Tanpa usaha anda semua, keputusan ini mungkin tidak tercapai.

Akhir sekali, kepada para ibubapa dan Persatuan Bekas Pelajar, berikan penghargaan kepada diri sendiri atas usaha yang telah diberikan dan kita mesti terus memandang kehadapan untuk mencapai kemajuan. Marilah kita berganding bahu untuk masa hadapan yang lebih cerah untuk anak-anak kita.

Sekian, ucapan Nandri untuk anda semua.

YB Dr Xavier Jayakumar
Ahli Dewan Negeri Selangor
Seri Andalas

15 November 2013
top