SHAH ALAM, 15 OKT : Sejumlah RM 5 juta telah diperuntukan kepada Majlis Perbandaran Klang (MPK) untuk kerja mitigasi banjir yang bakal terjadi disebabkan fenomena ‘Astronomical Tide’ yang dijangka bermula 15 hingga 18 Oktober ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, peruntukan itu tertumpu kepada kerja-kerja pembersihan longkang, penyelenggaran kunci air dan pembinaan lebih banyak kolam tadahan.

“Kita juga meminta semua rakyat yang tinggal di kawasan rezab sungai untuk membuat persediaan secukupnya sebelum menghadapi musim banjir yang dijangka berlaku dalam masa terdekat.”

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Negeri Selangor, dekat sini pagi tadi.

Penduduk di kawasan Klang diminta bersedia berikutan fenomena ‘Astronomical Tide’ yang dilaporkan akan membawa kadar hujan yang agak mendadak.

Fenomena itu dijangka akan menyebabkan kejadian ribut dan berkemungkinan air sungai akan mencecah 5.6 meter serta menyebabkan banjir kilat di kawasan Klang.

Sumber: Selangorku

0 comments:

top