Pagi tadi saya bersama pegawai-pegawai Unit Perancang Ekonomi (Upen) Negeri Selangor telah melakukan lawatan ke loji tersebut yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam.
Turut menyertai adalah pegawai-pegawai dari Konsortium Abbas dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) serta wakil-wakil dari syarikat konsultan.
Loji air tersebut telah dibina sekitar tahun 1963 dan telah ditutup awal 1995 ekoran sumber airnya di Sungai Damansara telah tercemar di tahap 4.
Aset tersebut adalah milik Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Selangor merancang membukanya semula selepas kerja-kerja baik pulih dan naik taraf insfrastruktur loji dalam tempuh 6 bulan.
Anggaran kos tersebut sekitar RM50 juta - RM80 juta.
Kerajaan Negeri akan menanggung sepenuhnya kos tersebut.
Kerajaan Negeri telah mengarahkan syarikat konsultan untuk menyiapkan laporan dalam masa 2 bulan bagi diteliti dan diberikan penilaian oleh seksyen Makro dan Penswastaan, UPEN Selangor
Dengan pembukaan semula operasi loji tersebut kita mengganggarkan loji tersebut berkeupayaan menghasilkan air terawat sebanyak 50 - 100 juta liter sehari (mld) dan mampu membekalkan lebih dari separuh keperluan permintaan air tambahan di Shah Alam.
Pembukaan loji ini juga merupakan projek perintis (pioneer project) untuk penggunaan sepenuh teknoloji ‘membrane’ .
Ini merupakan antara daya usaha Kerajaan Negeri untuk mendapatkan sumber air alternatif serta teknoloji yang belum diterokai dalam usaha membekalkan air terawat yang mencukupi kepada rakyat Selangor.
YB Dr. Xavier Jayakaumar
EXCO Negeri Selangor

Tarikh : 31 Oktober 2012
0 comments:
Post a Comment