KUALA LUMPUR, 9 OKT : Pakatan Rakyat (PR) mempersoalkan kesungguhan Kerajaan Pusat untuk melaksanakan gaji minima ekoran terlalu banyak alasan yang dikemukakan seolah-olah ingin melengahkan perkara ini.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, terlalu banyak tempoh percubaan yang diumumkan oleh kerajaan serta mengulangi kenyataan bahawa cadangan gaji minima PR bakal mengakibatkan negara muflis.

Jelasnya, melihat kepada sikap acuh tidak acuh ini, beliau percaya kerajaan Umno-BN langsung tidak mempunyai kesungguhan untuk melaksanakannya.

“Dalam laporan Bank Dunia jelas disentuh bahawa perlaksanaan gaji minima tidak akan membankrapkan negara dibawah paras RM1,200 ke bawah.

“Berkata mengenai gaji minima, kita ambil pendekatan negara Korea, jika tidak dilaksanakan (gaji minima), maka tutup kedai. Kita tidak buat sebegitu,” katanya di lobi Parlimen.

Pada 30 April lalu, Perdana Menteri Najib Razak mengumukan kadar gaji minima RM900 yang akan dilaksanakan.

Abdullah Sani sekali lagi mengulangi kenyataan bahawa PR bersedia untuk melaksanakan gaji minima RM1,100 dengan suntikan RM2 bilion kepada Industri Kecil Sederhana (IKS) kelak.

Sumber: Selangorku

0 comments:

top