Showing posts with label Teknologi Membran. Show all posts
Showing posts with label Teknologi Membran. Show all posts
Pagi tadi saya bersama pegawai-pegawai Unit Perancang Ekonomi (Upen) Negeri Selangor telah melakukan lawatan ke loji tersebut yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam.

Turut menyertai adalah  pegawai-pegawai  dari Konsortium Abbas dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) serta wakil-wakil dari syarikat konsultan.

Loji air tersebut telah dibina sekitar tahun 1963 dan telah ditutup awal 1995 ekoran sumber airnya di Sungai Damansara telah tercemar di tahap 4.    

Aset tersebut adalah milik Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Selangor merancang membukanya semula selepas kerja-kerja baik pulih dan naik taraf insfrastruktur loji dalam tempuh 6 bulan.

Anggaran kos tersebut sekitar RM50 juta - RM80 juta.

Kerajaan Negeri akan menanggung sepenuhnya kos tersebut.

Kerajaan Negeri telah mengarahkan syarikat konsultan untuk menyiapkan laporan  dalam masa 2 bulan bagi diteliti dan diberikan penilaian oleh seksyen Makro dan Penswastaan, UPEN Selangor

Dengan pembukaan semula operasi loji tersebut kita mengganggarkan loji tersebut berkeupayaan menghasilkan air terawat sebanyak 50 - 100 juta liter sehari (mld) dan mampu membekalkan lebih dari separuh keperluan permintaan air tambahan di Shah Alam.

Pembukaan loji ini juga merupakan projek perintis (pioneer project) untuk penggunaan sepenuh teknoloji ‘membrane’ .

Ini merupakan antara daya usaha Kerajaan Negeri untuk mendapatkan sumber air alternatif serta teknoloji yang belum diterokai dalam usaha membekalkan air terawat yang mencukupi kepada rakyat Selangor.

YB Dr. Xavier Jayakaumar
EXCO Negeri Selangor
 
Tarikh : 31 Oktober 2012








Selangor Tetap Akan Guna Teknologi Membran

KUALA LUMPUR, 30 OKT : Kerajaan Selangor tetap akan membangunkan teknologi membran bagi meningkatkan penghasilan air terawat meskipun kerajaan pusat mahu meneruskan projek mega Loji Rawatan Air Langat 2.

Perkara ini ditegaskan sekali lagi oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Tegasnya, Selangor sebenarnya tidak berhadapan dengan krisis air dan pembinaan loji Langat 2 bukanlah satu keperluan yang perlu disegerakan.

Apa yang penting katanya, proses penstrukturan semula industri air perlu dilakukan segera bagi memastikan penduduk di Lembah Klang mendapat bekalan air terawat pada harga yang berpatutan.

“Kita tidak ada masalah kekurangan air mentah. Logiknya adalah air mentah cukup.

MB : Teknologi Membran Lagi Murah dan Praktikal

SHAH ALAM, 23 OKT : Penggunaan teknologi penapisan air membran untuk merawat bekalan air di Selangor dianggarkan 1 / 3 lebih murah daripada kos pembinaan loji rawatan mega Langat 2.

Teknologi daripada Kanada itu kata Menteri Besar Selangor lebih praktikal dan menjimatkan daripada Langat 2 yang dianggarkan menelan kos RM 3 bilion.

Abdul Khalid berkata, kos penggunaan teknologi membran adalah kurang daripada RM1 bilion untuk dipasang di 10 buah loji strategik kerana tidak semua 27 loji memerlukannya.

Ini menyangkal dakwaan daripada Kerajaan Pusat bahawa teknologi tersebut tidak praktikal bagi Selangor, sekaligus menjustifikasikan Langat 2.

Menurut Abdul Khalid teknologi membrane telah mengalami perkembangan pesat yang menawarkan kos pembinaan yang lebih rendah.
top