Showing posts with label Majlis Perbandaran Klang. Show all posts
Showing posts with label Majlis Perbandaran Klang. Show all posts
SHAH ALAM, 15 OKT : Sejumlah RM 5 juta telah diperuntukan kepada Majlis Perbandaran Klang (MPK) untuk kerja mitigasi banjir yang bakal terjadi disebabkan fenomena ‘Astronomical Tide’ yang dijangka bermula 15 hingga 18 Oktober ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, peruntukan itu tertumpu kepada kerja-kerja pembersihan longkang, penyelenggaran kunci air dan pembinaan lebih banyak kolam tadahan.

“Kita juga meminta semua rakyat yang tinggal di kawasan rezab sungai untuk membuat persediaan secukupnya sebelum menghadapi musim banjir yang dijangka berlaku dalam masa terdekat.”

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Negeri Selangor, dekat sini pagi tadi.
SHAH ALAM, 9 OKT : Penduduk di kawasan Klang diminta bersedia berikutan fenomena ‘Astronomical Tide’ dijangka akan berlaku bermula 15 hingga 18 Oktober ini dan dilaporkan akan membawa kadar hujan yang agak mendadak terutama di kawasan terbabit.

Pemangku Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Klang (MPK),Ehsan Mukri berkata, pihaknya menerima maklumat awal daripada Jabatan Laut Malaysia dan meminta orang ramai untuk berwaspada menjelang fenomena yang dijangka berlaku minggu depan itu.

Menurutnya, fenomena itu juga menyebabkan kejadian ribut dan berkemungkinan air sungai akan mencecah 5.6 meter serta menyebabkan banjir kilat di kawasan ini kelak.

“Penduduk diingatkan untuk berjaga-jaga dan membuat persiapan awal dan pada masa yang sama memberi kerjasama kepada MPK dalam menghadapi banjir kali ini.

MPK Akan Terus Serbu Rumah Urut Tanpa Beri Notis

KLANG, 19 SEPT : Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan membuat serbuan tanpa notis pemberitahuan terhadap premis rumah urut yang melanggar peraturan.

Ahli Majlis MPK, Azmizam Zaman Huri berkata, perkara ini diputuskan dalam Mesyuarat Penuh MPK memandangkan kebanyakkan premis yang beroperasi kini gagal mengikut syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Perlesenan.

Sebagai contoh katanya, terdapat premis yang memohon lesen perniagaan refleksologi tetapi menjalankan kegiatan urut badan.

Sebelum ini katanya, notis akan dihantar dan premis tersebut diberikan tempoh 14 hari untuk menurunkan papan tanda dan menutup operasi mereka. Namun notis tersebut tidak diendahkan.

MPK : Penduduk Klang Harus Siap Sedia Banjir

KLANG 29 OGOS : Penduduk sekitar Klang khususnya kawasan tepi sungai dan yang pernah banjir harus bersiap sedia terhadap kemungkinan berlaku banjir lagi minggu ini.

Majlis Perbandaran Klang (MPK) memberi amaran bahawa banjir dijangkakan boleh berlaku dari 31 Ogos hingga 5 September depan berdasarkan laporan kaji cuaca.

Pemangku Yang Dipertua MPK, Mohd Ihsan Mukri berkata taburan hujan lebat sepanjang tempoh itu boleh menyebabkan banjir besar seperti 20 Mac lalu.

“Mengikut laporan itu juga, paras air sungai dan laut meningkat ke paras 5.3 meter. Jika dilihat masa kini paras air sudah mencecah 4.8 meter,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan MPK, di sini.

Bagaimanapun, pihak MPK dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri sudah bersiap sedia dalam menghadapi kemungkinan itu.
KLANG 29 OGOS : Semua lesen premis rumah urut, Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan serta Pusat Refleksologi yang mahu diperbaharui tidak akan dilakukan serta merta seperti amalan biasa.

Sebaliknya, ia akan melalui proses permohonan semula dan akan dibawa untuk dibincangkan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Pemantauan Rumah Urut dan Jawatankuasa Kawalan Perniagaan.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Pemantauan Rumah Urut, Azmizam Zaman Huri berkata prosedur itu dilakukan berikutan untuk memudahkan pemantauan aktiviti oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Katanya, tindakan itu juga bagi membanteras kewujudan rumah urut haram yang sering diperkatakan pelbagai pihak sebelum ini.

“Dalam mesyuarat baru-baru ini, kita putuskan agar lesen premis itu tidak akan diperbaharui serta merta.

MPK Peruntuk RM194 Juta Untuk Penyelenggaraan

KLANG, 28 DIS - Majlis Perbandaran Klang (MPK) meminta kerjasama masyarakat dalam usaha menjaga kebersihan di bandar itu supaya kehidupan masyarakat menjadi lebih baik dan sempurna.
Pemangku Yang DiPertua MPK, Ikhsan Mukri berkata, usaha sebegitu membolehkan MPK menjimatkan kos penyelenggaraan yang tinggi kerana pihaknya mendapati antara punca berlakunya masalah itu adalah kerana rakyat sering membuang segala sampah dan bahan buangan ke tempat yang tidak sewajarnya.

Katanya, MPK memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM6 juta dari peruntukan keseluruhan RM193.9 juta bagi tujuan kerja penyelenggaraan di seluruh bandar itu bagi tahun 2012.

"Perkhidmatan ini kita boleh berkongsi dengan rakyat. Kenapa penyelenggaraan tinggi kerana longkang banyak tersumbat. Kenapa longkang tersumbat kerana rakyat suka buang sampah," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Bulanan MPK di isin hari ini.

Program Atasi Banjir Di Klang Positif

KLANG, 21 DIS: Program mengatasi masalah banjir yang diperluaskan ke seluruh kawasan di Klang menunjukkan perkembangan positif.

Masalah banjir di kawasan Klang ini sudah berlarutan sejak 10 tahun lalu sehingga mengakibatkan kerugian yang besar.

Kejadian banjir biasanya akan berlaku apabila hujan lebat sekitar 30 minit.

Oleh itu, satu Jawatankuasa Bertindak Banjir Parlimen Klang ditubuhkan pada 4 Disember 2011. Terdiri daripada 10 orang ahli dan turut mendapat kerjasama daripada Majlis Perbandaran Klang (MPK), Jabatan Pengaliran Saliran (JPS) dan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago.

Ketika ditemui Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Banjir, Yogasigamany a/l Krishnasamy berkata, perkara ini akan diperluaskan ke seluruh kawasan yang sering mengalami masalah banjir seperti di Taman Petaling, Taman Bayu Perdana dan Taman Chi Liung.

MPK Didik Peniaga Mesra Alam

KLANG, 5 Ogos: Bagi menyahut kempen `Ramadhan yang Mapan’, MPK telah melancarkannya di Bazar Ramadhan Taman Seri Andalas, Klang.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri Selangor, Elizabeth Wong.

Turut hadir sama dalam majlis pelancaran tersebut adalah Dr Xavier Jayakumar selaku Adun Seri Andalas.

Dalam majlis pelancaran tersebut, diperkenalkan kepada para peniaga usaha-usaha yang boleh dilakukan bagi alam sekitar seperti mengitar semula, menggurangkan penggunaan beg plastik, menjaga kebersihan dan juga mengumpul minyak masak.

Pet Cats to be Licensed?

Klang: The state may require pet owners to apply for cat licences as too many stray felines are now roaming the streets.

"We are looking into the possibility for cats to be licensed, like dogs," said Selangor executive councillor Dr Xavier Jayakumar.

This was because local councils and the veterinary department have received complaints of stray cats raiding trash-bins and even entering kitchen looking for food, said Dr Xavier at a pet owners' forum at the Klang Municipal Council (MPK) on Saturday.

The state is also standardising the application process and fees for pet licenses across all local councils, he added.

He urged pet owners to be more responsible by spaying and neutering their pets. Owners should also not abandon their pets.
Majlis Perbandaran Klang  melalui kerjasama pihak pelancongan kerajaan Negeri Selangor telah berjaya melahirkan satu lagi produk pelancongan terbaru untuk bandar Klang iaitu dikenali sebagai `Klang Heritage Walk’.

Produk pelancongan terbaru bertujuan untuk membawa para pelancong atau pengunjung untuk melalui laluan warisan utama jalan-jalan bersejarah di bandar ini serta melihat bangunan-bangunan bersejarah sekitar bandar ini yang merupakan antara bandar lama di daerah Klang  Majlis perasmian `Klang Heritage Walk’ akan disempurrnakan oleh YB Cik Elizabeth Wong selaku Exco bertanggungjawab bagi pelancongan Negeri Selangor bertempat di Stesen Komuter Klang jam 3.00 petang pada tarikh 25 Jun 2010.

top