Showing posts with label Tadahan Banjir. Show all posts
Showing posts with label Tadahan Banjir. Show all posts

MPK : Penduduk Klang Harus Siap Sedia Banjir

KLANG 29 OGOS : Penduduk sekitar Klang khususnya kawasan tepi sungai dan yang pernah banjir harus bersiap sedia terhadap kemungkinan berlaku banjir lagi minggu ini.

Majlis Perbandaran Klang (MPK) memberi amaran bahawa banjir dijangkakan boleh berlaku dari 31 Ogos hingga 5 September depan berdasarkan laporan kaji cuaca.

Pemangku Yang Dipertua MPK, Mohd Ihsan Mukri berkata taburan hujan lebat sepanjang tempoh itu boleh menyebabkan banjir besar seperti 20 Mac lalu.

“Mengikut laporan itu juga, paras air sungai dan laut meningkat ke paras 5.3 meter. Jika dilihat masa kini paras air sudah mencecah 4.8 meter,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan MPK, di sini.

Bagaimanapun, pihak MPK dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri sudah bersiap sedia dalam menghadapi kemungkinan itu.
Pada 9 Februari 2010, YB Dr Xavier Jayakumar telah membuat lawatan kerja ke Fakulti Kejuruteraan,Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Lawatan tersebut adalah bagi melihat sendiri cara membuat tempat tadahan banjir ataupun retention pond.Ini adalah usaha yang dilakukan oleh Dr Xavier dan Kerajaan Negeri Selangor bagi membina tempat tadahan banjir di bebarapa kawasan di dalam DUN Sri Andalas, terutamanya kawasan yang selalu dilanda banjir seperti Taman Sentosa.
Turut serta dalam lawatan tersebut adalah ADUN Sri Muda,YB Mat Shuhaimi Bin Hj Shafiei, pegawai-pegawai dari Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor, Ahli-ahli
top