Majlis Perbandaran Klang melalui kerjasama pihak pelancongan kerajaan Negeri Selangor telah berjaya melahirkan satu lagi produk pelancongan terbaru untuk bandar Klang iaitu dikenali sebagai `Klang Heritage Walk’.
Produk pelancongan terbaru bertujuan untuk membawa para pelancong atau pengunjung untuk melalui laluan warisan utama jalan-jalan bersejarah di bandar ini serta melihat bangunan-bangunan bersejarah sekitar bandar ini yang merupakan antara bandar lama di daerah Klang Majlis perasmian `Klang Heritage Walk’ akan disempurrnakan oleh YB Cik Elizabeth Wong selaku Exco bertanggungjawab bagi pelancongan Negeri Selangor bertempat di Stesen Komuter Klang jam 3.00 petang pada tarikh 25 Jun 2010.
Simbolik pemilihan stesen keretapi ini kerana ia juga adalah satu lokasi bersejarah dalam laluan `Klang Heritage Walk’. Para pengunjung akan terpesona dengan bangunan-bangunan unik bersejarah Klang antaranya; Masjid DiRaja Sultan Suleiman, Istana Alam Shah, Kota Raja Mahadi, Balai Bomba Klang, Gedung Raja Abdullah, Jalan Tengku Kelana, Kolej Sultan Alam Shah, Kuil Kuan Yin, Masjid India Klang dan banyak lagi bangunan pra kemerdekaan.
Warga Klang sememangnya harus berbangga dengan satu lagi produk inovatif MPK dan Kerajaan Negeri Selangor yang sudah semestinya memacu industri pelancongan negara ke tahap lebih memberangsangkan.
0 comments:
Post a Comment