Kerajaan Negeri Selangor menegaskan pembanterasan 13 sindiket judi sukan dalam masa sesingkat satu minggu sahaja membuktikan penguatkuasaan undang-undang lebih berkesan membendung kegiatan judi.

Justeru pemberian lesen judi sukan bukan cara untuk membendung sindiket judi haram tetapi yang harus diutamakan ialah iltizam polis dan kerajaan untuk bersikap tegas mengatasi jenayah itu.

"Kita sudah katakan dari dulu punca penularan judi haram adalah kerana penguatkuasaan yang lemah. Sekiranya undang-undang diikuti dan penguatkuasaan dibuat dengan tegas, tiada masalah untuk membanteras kes perjudian haram," kata Xavier.


Mengulas dengan lebih lanjut, Ahli Parlimen Klang Charles Santiago berkata percambahan sindiket judi sukan haram mutakhir ini tidak boleh dijadikan alasan oleh Perdana Menteri untuk melulus dan menjalankan skim judi sukan.

Dari sehari ke sehari beliau didatangi para isteri dan ibu di kawasannya merayu supaya kerajaan tidak menyerahkan lesen judi sukan.

"Dari sehari ke sehari, ramai isteri dan ibu datang ke pejabat saya, merayu supaya jangan diberi lesen judi kepada syarikat Berjaya. Mereka bimbang suami atau anak-anak mereka akan menghabiskan semua mata pencarian ke dalam judi sukan," kata Charles.

Sumber: TVSelangor

0 comments:

top