Kerajaan Negeri akan memaparkan nama pembeli rumah kos rendah untuk tatapan awam di lawam sesawang Lembaga Perumahan dan Tanah Selangor serta pejabat Pihak Berkuasa Tempatan bermula bulan hadapan.
Exco Perumahan Iskandar Abdul Samad berkata langkah ini dibuat bagi mencegah keraguan, ketidakadilan dan penyelewengan dalam urusan pembelian rumah kos rendah.
Pembelian rumah kos rendah mencetuskan kontroversi apabila kerajaan negeri memulakan siasatan keatas aduan yang mendakwa adanya pembeli rumah kos rendah yang berpendapatan lebih dari RM2,500 sebulan.
Kerajaan Negeri Selangor memandang serius perkara ini dan bertindak menubuhkan Lembaga Perumahan dan Tanah Selangor bagi memusatkan semua urusan permohonan rumah kos rendah yang sebelum ini diurus oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
"Kesemua pemohon-pemohon yang diluluskan beli rumah kos rendah, namanya akan dipamerkan di internet. Ini berkuatkuasa mulai 1 Julai ini. Selain drpd itu, nama-nama mereka akan turut dipamerkan di PBT berkenaan di mana projek itu berjalan," Kata Iskandar.
Iskandar berharap kejadian sama tidak berulang dengan adanya LPTS ini sekaligus membantu golongan berpendapatan rendah untuk mendapat rumah yang selesa untuk membina keluarga idaman.
"Walaubagaimanapun apa yang berlaku sebelum ini, kita yakin tidak akan berulang oleh kerana permohonan dan kelulusan itu dilakukan pada peringkat kerajaan negeri di Shah Alam melalui Lembaga Perumahan dan Tanah Selangor. Sebelum ini di peringkat daerah sekarang diadakan secara berpusat di Shah Alam," ujar beliau lagi.
Sumber: TVSelangor
0 comments:
Post a Comment