Shah Alam - Bilangan doktor perubatan sedia ada di Selangor masih tidak mencukupi untuk menampung jumlah pesakit di negeri ini yang semakin meningkat.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier A Jayakumar berkata, bilangan penduduk yang semakin bertambah menyebabkan berlaku kesesakan di hospital awam dan swasta negeri ini.
"Bilangan doktor pada masa ini memang tidak mencukupi terutamanya doktor pakar. Penduduk yang semakin bertambah menyebabkan kesesakan pesakit di kebanyakan hospital awam."
"Namun kita tidak boleh memanggil semula doktor kelahiran negeri ini yang berada di negeri lain kerana mereka (negeri lain) juga mengalami masalah sama terutamanya di Sabah dan Sarawak," katanya.
Katanya, satu kajian perlu dijalankan untuk mengatasi masalah ini dan Kementerian Kesihatan (KKM) juga perlu mengambil perhatian serius terhadap isu ini dengan menambah perbelanjaan untuk meningkatkan bilangan doktor di negara ini pada belanjawan akan datang.
"KKM perlu meningkatkan peruntukannya dalam belanjawan akan datang untuk menjemput lebih ramai doktor dari luar negara."
"Kerajaan juga perlu mengambil langkah dan menggalakkan lebih ramai lagi graduan dan pelajar menyambung pelajaran dalam bidang kedoktoran misalnya dengan menawarkan lebih banyak biasiswa kepada pelajar perubatan," katanya.
Sumber Berita: Sinar Harian 11 Julai 2009

0 comments:
Post a Comment