SHAH ALAM, 18 Julai - Exco Selangor, Dr. Xavier Jayakumar menganggap penahannya dalam perhimpunan di perkarangan Plaza Masalam semalam, tidak sah, sebaliknya pihak polis harus bekerjasama dengan kerajaan negeri Selangor.
Xavier yang ditahan di Ibu Pejabat Polis Shah Alam pada kira-kira jam 10.30 pagi semalam, bagaimanapun dibebaskan dengan jamin polis, 7 jam kemudian.
Menurut Dr Xavier, beliau hanya meminta orang ramai yang menyertai perhimpunan itu, agar tidak membuat sebarang kekecohan dan akan bergerak ke dewan MBSA sebaik sahaja pemimpin-pemimpin tertinggi pakatan rakyat, selesai menyerahkan memorandum di pejabat SPRM.
Perhimpunan itu dibuat sebagai susulan terhadap kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock, 30 tahun, selepas disiasat SPRM berhubung salah guna peruntukan DUN Selangor.
Dalam pada itu, Dr Xavier tidak bersetuju dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin yang menyatakan orang ramai tidak perlu sensitif terhadap perkara tersebut.
Dr Xavier bertegas bahawa pihak SPRM harus bertanggungjawab di atas kejadian yang telah berlaku.
Sumber Berita: TV SELANGOR
0 comments:
Post a Comment