Keadilan Untuk Beng Hock, Jawapan Untuk Rakyat

Sumber Video: www.tvselangor.com



16 Julai 2009 - Kematian Teo Timbul Seribu Tanda Tanya. Mayat Setiausaha Politik Exco Selangor, Teo Beng Hock hanya dibawa keluar daripada bangunan Plaza Masalam selepas kira-kira 8 jam dia ditemui mati, di bahagian bumbung tingkat lima bangunan itu.


17 Julai 2009 - PR serah memorandum kepada SPRM, desak Suruhanjaya Diraja ditubuhkan. Dalam keghairahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diperkuda percaturan politik UMNO-BN, ia akhirnya mengundang padah dengan kematian saksi dibawah penguasaannya. Pakatan Rakyat hari ini menyerahkan memorandum kepada SPRM dan mendesak Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk siasat kematian Teoh Beng Hock.


17 Julai 2009 - Tan Cerita Pengalaman Di Soal Siasat SPRM. Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Hwa mencerita pengalaman yang dilaluinya ketika disoal siasat Suruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berhubung dakwaan salahguna peruntukan DUN.


17 Julai 2009 - Empat Doktor Hospital Kerajaan Bedah Siasat Mayat Teo. Hasrat untuk mendapatkan khidmat pakar Patologi dari Thailand tidak kesampaian, apabila keluarga Setiausaha Politik Exco Selangor, Teo Beng Hock, mahu mayat Teo dibawa segera ke Melaka untuk urusan pengkebumian.


18 Julai 2009 - Tiada Manfaat untuk mempolitikkan kematian Teoh. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak tuduhan sesetengah pihak yang mengatakan Pakatan Rakyat mempolitikkan kematian Teoh Beng Hock.

19 Julai 2009 - Perhimpunan Memperingati Kematian Teoh Desak Pengarah SPRM Selangor Letak Jawatan. Kenapa Teoh nak terjun bunuh diri? Tak logik! Kenapa berehat dulu, tak balik terus? Itulah antara persoalan yang dikemukakan semula oleh orang ramai ketika diminta memberi pendapat mereka berhubung kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock di bangunan Plaza Masalam, Khamis lalu.


19 Julai 2009 - Desak Suruhanjaya Diraja Di Luluskan Segera Untuk Siasat Kes Teoh. Kerajaan Negeri akan membenarkan mana-mana stadium di Selangor digunakan sebagai tempat perjumpaan bersama rakyat dalam acara jelajah menuntut keadilan di atas kematian Teoh Beng Hock.


20 Julai 2009 - Pegawai dan Kakitangan SUK Beri Penghormatan Terakhir Teoh. Kematian setiausaha politik EXCO selangor Teoh Beng Hock terus mendapat perhatian dan simpati daripada rakyat selangor dan menuntut keadilan ke atasnya.


20 Julai 2009 - Pengebumian Teoh Beng Hock. Mayat Teoh Beng Hock selamat disemadikan di Taman Peringatan Nirvana, Semenyih jam 2.30 petang tadi.

0 comments:

top