Semenyih - Program 'Skim Mesra Usia Emas' SMUE kini sedang giat dilaksanakan di setiap kawasan bagi memberi kemudahan kepada warga emas menikmati tawaran yang dilancarkan kerajan negeri Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata, sehingga kini, pendaftaran SMUE di Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih masih lagi kurang.

Menurutnya, mereka menyasarkan 70 peratus permohonan di sekitar DUN ini diterima bermula dari hari pelancaran program itu sehingga hujung tahun ini tetapi permohonan yang dicatatkan kini masih lagi tidak mencukupi.

"Walaupun anggaran warga emas yang sedia ada di sini lebih daripada 4,000 tetapi pendaftaran yang diterima hanya 2,000 iaitu lebih daripada 50 peratus," katanya kepada ketika ditemui selepas memberikan sumbangan mesin rumput di Kompleks Penghulu Semenyih.

Xavier turut menyarankan supaya ketua kampung boleh mengadakan program pendaftaran SMUE itu atau pun menghantar borang tersebut dari rumah ke rumah bagi memudahkan penduduk mengisi borang SMUE berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Xavier berkata, sebanyak 22 kampung menerima mesin rumput dan mesin potong kayu yang diperuntukkan kerajaan negeri Selangor bagi memudahkan mereka menggunakan mesin itu dalam program gotong-royong yang diadakan kelak.

"Setiap kampung mendapat dua unit mesin rumput manakala mesin potong kayu pula dibahagikan kepada dua kawasan iaitu mukim Semenyih dan Baranang masing-masing mendapat tiga unit," katanya."


Sumber Berita: Sinar Harian, 8 Julai 2009, S25

0 comments:

top