Ambil tindakan terhadap sesiapa yang mengakibatkan kematian Teoh Beng Hock

Pada masa kepimpinan UMNO-BN baru meraikan kejayaan pemerintahan 100 hari, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) tiba-tiba mengemukakan satu soalan yang susah lagi rumit untuk menguji kepimpinan baru UMNO-BN yang menguar-uarkan slogan “kepentingan rakyat didahulukan” sebagai usaha membaharui imej diri sendiri.

Di bawah slogan ini , kepimpinan ini telah menggariskan melindungi “keselamatan nyawa rakyat” sebagai salah satu keutamaan yang hendak ditangani dan diselesaikan, ekoran daripada kes-kes jenayah yang banyak berlaku di seluruh negara khususnya di kota raya seperti Kuala Lumpur sehingga membahayakan nyawa dan harta benda setiap rakyat Malaysia.

Tetapi, “kematian misteri” Teoh Beng Hock, setiausaha politik EXCO kerajaan negeri Selangor yang di panggil soal siasat di ibu pejabat SPRM Selangor, seakan-akan melemparkan sebutir “bomb” yang berkuasa gegaran yang amat kuat, bukan sahaja memeranjatkan rakyat di dalam negara ini bahkan insan di seluruh dunia.

Walau apapun SPRM dan kerajaan UMNO-BN hendak berkata, tidak juga dapat menolak dan melenyapkan keraguan dan tandatanya yang tercetus dalam otak orang ramai, iaitu adakah nyawa orang ramai masih selamat jika mereka berada di dalam kawasan pihak-pihak penguatkuasa undang-undang, seperti SPRM?

Rakyat negara ini baru sahaja hendak meletakkan harapan pada janji-janji kepimpinan UMNO-BN baru. Mereka berjanji hendak membaikkan keadaan keselamatan nyawa rakyat. Dengan itu, keselamatan nyawa rakyat dapat ditambah-pulih setelah kepimpinan baru mengambil alih kuasa.

Tetapi, kematian Teoh Beng Hock tidak berlaku di mana-mana, kamatian berlaku di dalam ibu pejabat SPRM negeri Selangor sendiri semasa Teoh Beng Hock dipanggil untuk soal siasat. Inilah tempat penguatkuasa undang-undang yang patut rakyat letakkan kepercayaan dan dapatkan perlindungan keselamatan nyawa dan harta benda mereka.

Perkembangaan lewat ini bertentangan dengan harapan rakyat, bahkan menimbulkan banyak tandatanya dan membimbangkan, menjadi tekanan yang menakutkan.

Oleh itu, kerajaan UMNO-BN kini harus mengotakkan kata-kata dengan tindakan sebenar, dengan terlebih dahulunya memastikan nyawa orang ramai selamat di kawasan pihak penguatkuasa undang-undang .

Kerajaan UMNO-BN tidak harus bertimbang lagi, malahan mesti hendak menubuhkan satu suruhanjaya diraja dengan segera untuk menyiasat –selidik kematian Teoh Beng Hoch secara menyuluruh dan terperinci, mengambil tindakan setimpal terhadap mereka yang bertanggungjawab mengakibatkan kematian Teoh, supaya berbuat adil kepada Teoh Beng Hock serta keluarganya, serta memberikan pampasan kepada keluarganya. Sebarang kata dan tindakan yang lain tidak akan menghilangkan kemarahan dan keraguan rakyat.

Yang benar,

Koh Swe Yong
Setiausaha Agung
012-2766551


0 comments:

top