Doktor yang belum mempunyai komputer digesa membelinya bagi mengikuti perkembangan semasa jangkitan Influenza A (H1N1) terutama arahan Kementerian Kesihatan.
"Saya diberitahu sesetengah doktor tidak mempunyai komputer sendiri, jadi tolong beli, layari internet dan laman web (kementerian) supaya mereka mengetahui perkembangan terkini daripada segi menguruskan pesakit mereka, dan ia bukan untuk H1N1 sahaja, ia juga untuk pembangunan profesional berterusan (CPD)," kata ketua pengarah kesihatan.
"Dapatkan maklumat mengenai garis panduan bagi tamiflu, mengenai pemakaian topeng, mengenai memeriksa pesakit, semuanya ada (dalam laman web kementerian).
"Tidak ada alasan untuk berkata mereka tidak tahu apa-apa," kata Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican lagi.
Tambahnya, doktor akan disiasat jika gagal mematuhi garis panduan kementerian bagi mengesan jangkitan wabak tersebut lebih awal, lapor Bernama.
Siasatan itu bagaimanapun bukan untuk menghukum tetapi memahami sebab mereka tidak mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan dan menurutnya siasatan akan dilakukan pasukan dari Bahagian Kawalan Penyakit.
"Kalau masih ada doktor yang tak patuh garis panduan kementerian, kita akan panggil doktor itu, tanya sama ada dia faham atau tak (dengan garis panduan yang diberikan).
"Sesetengah mereka mungkin tidak faham, seperti dalam kes yang meninggal dunia dalam 24 jam (kematian pertama H1N1), pesakit berjumpa doktor dan selepas satu jam, dia meninggal dunia.
"Jadi saya mahu tahu daripada doktor, adakan anda periksa pesakit? Jika berbuat demikian kenapa tidak direkodkan dalam kad jabatan
pesakit luar... saya mahu tahu," katanya selepas merasmikan
Simposium Imunologi Klinikal di Putrjaya hari ini.
Dr Mohd Ismail (kanan) berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan yang akan diambil oleh kementerian terhadap doktor yang gagal mematuhi garis panduan pemeriksaan influenza A (H1N1) seperti yang ditetapkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pandemik itu semalam.
Garis panduan itu antara lain menetapkan semua kes pneumonia yang teruk perlu diambil sampel tekak untuk ujian influenza A (H1N1) dan dimulakan rawatan antivirus kerana terdapat kegagalan oleh doktor dalam mengesan penyakit itu lebih awal dalam empat kes kematian akibat H1N1 yang direkodkan setakat ini.
Ditanya sama ada siasatan telah dilakukan bagi empat kes kematian H1N1 sebelum ini, Ismail berkata setakat ini doktor yang terlibat hanya diberikan peringatan, dan tindakan seterusnya bergantung kepada perkembangan mereka selepas ini.
Dr Mohd Ismail juga berkata doktor juga tidak boleh enggan merawat pesakit yang menghidap penyakit serupa dengan influenza (ILI) yang datang mendapatkan rawatan kali kedua dan menurutnya pesakit boleh mendesak untuk diuji bagi H1N1 semasa mendapatkan rawatan kali kedua jika selesema mereka masih belum sembuh.
Ketika ditanya mengenai satu kes di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di mana pesakit asma yang disyaki dijangkiti H1N1 dan mahu berjumpa doktor tetapi sebaliknya diminta pulang ke rumah dan berehat, katanya beliau akan merujuk kes itu dengan HKL.
"Kita akan nasihat doktor-doktor kita sekiranya seseorang itu datang balik setelah diberi rawatan mulanya, dan sekiranya ada asma dan sebagainya patut diberi perhatian lebih," katanya.
Sumber: MalaysiaKini

0 comments:
Post a Comment