Alor Gajah, 20 Julai 2009 - YB Dr Xavier Jayakumar telah menghadiri majlis pengebumian saudara Teo Beng Hock yang diadakan pada pagi ini. Turut hadir bersama YB Dr Xavier Jayakumar adalah barisan EXCO dan ADUN Kerajaan Negeri Selangor serta Ahli Majlis Perbandaran Klang. Lebih 2,000 orang berhimpun untuk menghadiri pengebumian tersebut. Kira-kira 10 anggota polis berada di majlis pengebumian untuk memantau keadaan dan mengawal lalulintas.
Bersama-sama YB Dr Xavier Jayakumar juga yang menemani beliau adalah Ketua AMK Kota Raja, saudara Azmizam Zaman Huri, Sangetha Jayakumar, Setiausaha AMK Kota Raja dan pembantu khas YB Dr Xavier Jayakumar, Jestin.
Majlis penghormatan terakhir kepada mendiang Teo Beng Hock dihadiri kalangan pemimpin-pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat yang sudah berada di situ sekitar jam 9 pagi. Hadir adalah Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh dan ramai lagi pemimpin-pemimpin serta wakil-wakil dari PAS pusat yang turut sedih dan kesal dengan cara Teo Beng Hock ditemui dalam keadaan mati yang mengerikan. Keranda mendiang Teo dijangka dibawa dari rumahnya di Taman Sri Kelamak kira-kira jam 11 pagi, untuk dikebumikan di taman peringatan Nirvana di Semenyih. Turut hadir ialah tunang mendiang, Soh Sher Wei.
Kematian mengejut Teo Beng Hock yang merupakan setiausaha politik EXCO Kerajaan Negeri Selangor, YB Ean Yong Hian Wah dalam tahanan SPRM telah menimbulkan kontroversi dan seribu satu soalan tentang apakah yang berlaku sebenarnya.
Majlis penghormatan kepada mendiang mendapat liputan media yang meluas dan berbagai insiden telah berlaku sejak minggu lepas, antaranya penahanan 7 orang pemimpin Pakatan Rakyat serta kecederaan tidak kurang 2 orang oleh polis sewaktu menyerahkan memorandum bantahan kematian mendiang dalam tahanan SPRM di Shah Alam pada 17 Julai 2009.
Jam 9.30 pagi pemimpin DAP, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Lim Guan Eng mengadakan sidang akhbar.
Sehingga ke hari ini siasatan masih lagi dijalankan oleh pihak polis. Ketua Polis Selangor, Dato' Khalid tidak menolak kemungkinan ada unsur jenayah berlaku. Pakatan Rakyat mendesak SPRM memberi penjelasan penuh berikutan kematian Beng Hock.
Sehingga ke hari ini siasatan masih lagi dijalankan oleh pihak polis. Ketua Polis Selangor, Dato' Khalid tidak menolak kemungkinan ada unsur jenayah berlaku. Pakatan Rakyat mendesak SPRM memberi penjelasan penuh berikutan kematian Beng Hock.
Setiap hadirin memegang poster hitam-putih Teo, yang memaparkan tulisan "Jangan Biarkan Beng Hock Mati Sia-Sia" Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang turun memberi penghormatan terakahir menyeru kerajaan supaya tidak berdolak-dalik dan bertanggungjawab ke atas kematian Teo.
"Tindakan tegas mesti diambil oleh Polis dan Ketua Polis Negara Musa Hassan. Pengerusi SPRM Tan Sri Abdul Aziz mesti dipertanggungjawabkan," kata Anwar.
"Kita lihat perlanggaran peraturan, penderaaan rakyat, dimana SPRM diperalatkan oleh penguasa. Kita harus ambil tindakan yang tegas. Ini membabitkan kematian, tidak termasuk kezaliman-kezaliman lain. Najib mesti dipertanggungjawabkan," tambah Anwar.
Suasana yang cukup sayu dengan kain-kain rentang di pasang di sekitar rumah mendiang yang menuntut keadilan terhadap kematian Teoh Khamis lalu, selepas disoal siasat oleh SPRM berhubung dakwaan salahguna peruntukan DUN di Selangor.
0 comments:
Post a Comment