Klang, 30 Jun 2009 - YB Dr Xavier Jayakumar EXCO Negeri Selangor telah meluang masa menziarahi masyarakat miskin sekitar Kampung Jawa, dalam DUN Sri Andalas, Klang, Parlimen Kota Raja. Beliau turut menyampaikan hamper barangan makanan kepada mereka semasa lawatan tersebut.

Beliau turut disertai oleh pegawai-pegawai dari Pejabat Tanah & Daerah Klang, Majlis Perbandaran Klang (MPK), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Zakat Selangor.

Beberapa orang ahli Majlis dari MPK dan MBSA telah turut serta. Penghulu mukim dan Ketua Kampung Kg. Jawa serta pemimpin Parti Keadilan Rakyat dan PAS setempat turut hadir.

Dilaporkan oleh,
ABDUL RAZAK BIN ISMAIL
P.A kepada Dr Xavier Jayakumar
EXCO Negeri Selangor

0 comments:

top