Ampang, 29 Julai 2009 - Kes perbicaraan kes Kesas ditangguh pagi ini bagi mendapatkan keputusan rayuan dari mahkamah Tinggi.
Puan Noradidah Bte Ahmad Hakim mahkamah Sesyen telah menolak permohonan pihak pembelaan untuk membawa 3 orang Pesuruhjaya Suhakam dan Datin Seri Wan Azizah Bte Wan Ismail. Presiden Parti Keadilan Rakyat sebagai saksi dalam kes tersebut.
Mahkamah juga turut menolak permohonan untuk memfailkan kertas Putih Laporan Suhakam yang dikeluarkan pada pertengahan tahun 2001 berkaitan kekasaran pihak Polis terhadap orang rami semasa meleraikan perhimpunan di Lebuhraya Kesas / Jalan Kebun tersebut.
Dalam perhimpunan tersebut lebih 145 orang telah ditahan oleh Polis tetapi hanya 11 sahaja O.K.T yang dibicarakan. Kes ini telah berlarutan hampir 9 tahun dan sekarang ini dalam peringkat penghujahan.
Kes disebut semula pada 6 Ogos 2009 depan.
Disertakan foto OKT dengan YB Yusmadi Yusoff dan Puan Fahda Nur Ahmad Kamar yang bertindak sebagai peguambela kepada 11 OKT tersebut.
Dilaporkan oleh,
Abdul Razak Bin Ismail
PA kepada YB Dr Xavier Jayakumar
EXCO Negeri Selangor
0 comments:
Post a Comment