Mesyuarat Dengan Ketua-ketua Kampung DUN Semenyih

Pekan Semenyih, 7 Julai 2009 - YB Dr Xavier Jayakumar telah meluangkan masa untuk mengadakan mesyuarat dengan 21 orang Ketua dan Penghulu Mukim Semenyih dan Baranang pada hari ini.

Beberapa permasalahan telah dibangkitkan oleh Ketua-ketua kampung antaranya membincangkan permohonan peruntukan untuk program-program mesra rakyat, permohonan membaiki jambatan yang hanyut, permohonan pengurangan premium tanah, isu-isu pencemaran bau, lalat dan kesihatan serta kes-kes kecurian pasir yang berleluasa dan isu-isu setempat.

YB Dr Xavier yang juga merupakan EXCO Penyelaras DUN Semenyih kemudiannya telah meluluskan peruntukan untuk membeli 42 unit mesin memotong rumput dan 6 unit gergaji berantai (chain saw) untuk diagihkan kepada 21 orang Ketua-ketua kampung dan Penghulu Mukim untuk digunakan oleh JKKK masing-masing.

Beliau juga merancang untuk memberikan sebuah khemah (tent) lengkap dengan 10 meja dan 40 kerusi kepada setiap kampung untuk aktiviti-aktiviti majlis keraian di kampung masing-masing.

Diakhir mesyuarat satu upacara penyerahan 2 buah mesin rumput kepada 2 orang Ketua Kampung telah diadakan. Baki peralatan tersebut akan diserahkan kepada Ketua-ketua kampung yang lain secara berperingkat-peringkat.

YB Dr Xavier juga berharap Ketua Kampung dan JKKK masing-masing membuat persiapan dan perancangan untuk mengadakan program-program sempena menyambut bulan ramadhan dan Hari Raya Aidil Fitri.

Dilaporkan oleh,
ABDUL RAZAK BIN ISMAIL
P.A kepada YB Dr Xavier
EXCO Kerajaan Negeri Selangor

1 comments:

abdul razak bin ismail said...

Cool.
Keep it up Dr. Xavier

top