Pada 20 Januari 2013 yang lepas seramai 32 wanita dari DUN Seri Andalas telah menjalani pemeriksaan mammogram dan juga papsmear di Forest Medical Centre. Ini adalah program mammogram pertama bagi tahun 2013 diadakan di DUN Seri Andalas.

Program pada hari tersebut telah dikoordinasi oleh Puan Vikneswary dan Cik Kalaiarasi. Para wanita yang mengambil bahagian dibantu para sukarelawan yang hadir. Sebelum pergi menjalani pemeriksaan, YB Dr Xavier Jayakumar telah memberi taklimat ringkas.

Mamogram adalah pemeriksaan payudara menggunakan sinar-X yang memaparkan kelenjar susu, lemak dan saluran darah serta kelenjar di dalam ketiak. Pemeriksaan ini di lakukan oleh juruadiografi. Doktor pakar radiologi akan meneliti filem bagi mengesan penyakit payudara, samada menghidapi kanser atau tidak.

Skim pemerkisaan mammogram percuma adalah antara manifesto Kerajaan Selangor melalui 'Skim Kesihatan Percuma' kepada rakyat Selangor, khususnya golongan wanita berumur 35 tahun keatas  bagi memastikan paling tidak, satu juta wanita Selangor sihat. Di DUN Seri Andalas, skim ini telah dijalankan secara kerap sejak Disember 2010.






0 comments:

top