SHAH ALAM, 30 JAN: Kerajaan Selangor mahu satu siasatan dalaman dibuat berhubung isu pengedaran risalah mengkritik kerajaan negeri dalam isu air yang melibatkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, maklumat ini diperolehi hasil aduan rakyat dan risalah tersebut dikeluarkan tanpa persetujuan dan pengetahuan Ahli Lembaga Pengarah Syabas.
Hasil siasatan awal yang dilakukan mendapati, risalah itu dikeluarkan Pengarah Eksekutif Pembangunan Teknikal Syabas, Ir V Subramaniam.
“Sebagai pemegang saham Syabas, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (yang dimiliki Kerajaan Selangor) mendesak supaya diadakan siasatan dalaman terhadap Subramaniam kerana bertindak melebihi kuasa yang dibenarkan,” katanya dalam satu sidang media selepas Mesyuarat Exco.

Risalah-risalah tersebut mirip beberapa iklan yang dipaparkan di dalam akhbar Umno-BN minggu lalu yang mengkritik kenyataan Kerajaan Negeri.
Selain itu, Abdul Khalid dalam satu kenyataan media yang lain berkata Kerajaan Selangor dimaklumkan bahawa kejadian paip bocor kerap berlaku dan ini akan memberi kesan terhadap pembekalan air kepada rakyat.
“Kerajaan negeri akan memantau secara serius perkara ini demi menjaga kepentingan lebih lima juta pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
“(Supaya mereka) tidak terjejas dengan gangguan bekalan air akibat kegagalan Syabas menyelenggara paip dengan baik dan berkala,” Abdul Khalid berkata.
Pada dua minggu terawal bulan ini, rakyat Selangor berhadapan krisis bekalan air yang menyaksikan setengah juta rakyat di Ampang, Cheras dan Gombak berhadapan masalah bekalan air.
Hasil campurtangan Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pemantauan Air Negeri Selangor, krisis bekalan air berjaya diselesaikan dalam tempoh singkat dan lebih awal daripada masa yang dijangkakan Syabas.
Sumber: Selangorku
0 comments:
Post a Comment