PETALING JAYA: Kerajaan Selangor hari ini tidak menolak wujud unsur konspirasi melibatkan gangguan air ekoran kegagalan operasi di rumah pam Wangsa Maju pada Disember 29 lalu.

“Kecurigaan kita berdasarkan logik dan fakta bagaimana kelima-lima buah pam termasuk dua  buah pam tambahan di rumah pam Wangsa Maju tersebut rosak secara serentak,” kata Exco kerajaan negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar.

Dalam pada satu kenyataan media, Dr Xavier berkata beliau juga mempertikaikan kenyataan Syabas bahawa mereka menjalankan perkhidmatan berkala terhadap pam-pam tersebut sedangkan buku log tersebut tidak ditemui.

“Kita juga sedang menunggu keputusan siasatan Jabatan Kimia terhadap sampel air Sungai Semenyih tersebut,” tambah beliau.



“Apa yang jelas, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membangkit isu air di Selangor, maka berlakulah gangguan air di beberapa kawasan di negeri ini.

“Kami kerajaan negeri tidak pasti sama-ada ianya berlaku secara kebetulan atau satu konspirasi yang telah dirancang oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.,” katanya.

Xavier juga berkata ekoran wujudnya unsur konspirasi dan sabotaj tersebut ekoran dua kejadian terdahulu , kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor  sedang memantau secara dekat  operasi harian dua buah loji pembersih air yang besar di Sungai Kapar Indah dan Sungai Langat yang membekalkan hampir 60 peratus  bekalan air di Lembah Kelang.

Beliau juga menekan bahawa Pengerusi Puncak Niaga dan Syabas Tan Sri Rozali Ismail perlu bersikap lebih professional dan berhemah dalam urusan membekal air terawat kepada rakyat Selangor.

Letak jawatan seperti Dr Ani Arope

“Sebagai pengerusi sebuah syarikat yang tersenarai di bursa saham  menjadi tanggung jawab beliau untuk mempastikan rakyat Selangor mendapat perkhidmatan dan bekalan air yang berterusan tanpa sebarang gangguan,” katanya.

Xavier menambah Rozali seharusnya memastikan bahawa semua pam air di rumah pam dan peralatan di loji-loji di bawah kendalian Syabas sentiasa diselenggara secara berkala bagi memastikan tidak berlakunya gangguan bekalan.

Menurut Xavier lagi, Rozali sepatutnya mempunyai keberanian mengambil tanggungjawab seperti dilakukan oleh Pengerusi Eksekutif TNB, Tan Sri Dr. Ani Arope meletakkan jawatan ekoran insiden  ‘bergelap 12 jam’ , semasa  bekalan letrik terputus di seluruh negara  pada 3 Ogos 1996.

“Tetapi apa yang berlaku ialah Najib bukan sahaja tidak berani menegur Rozali di atas ketidakcekapan pengurusan Syabas sebaliknya mengatakan bahawa masaalah air di Selangor akan selesai sekiranya rakyat Selangor memilih BN dalam piliharaya umum akan datang.”

“Jelas kepada kita bahawa kerajaan Najib mempertahankan kepentingan sebuah syarikat komersil yang berpaksikan keuntungan dan sebaliknya tidak menghormati kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat Selangor,” tambahnya.

Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan persekutuan menjadikan rakyat Selangor sebagai tebusan (ransom) untuk merampas tampuk pentadbiran negeri.

Rata-rata rakyat Selangor diperingkat akar umbi mengetahui dan sedar bahawa Syabas ‘dipergunakan’ untuk mereka-cipta gangguan bekalan air demi kepentingan agenda politik pemimpin BN untuk merampas Selangor dari Pakatan Rakyat.

Sumber: FreeMalaysiaToday

1 comments:

angtuah said...

innalillahiwainnailaihirojiun

top