KESIHATAN
1. Memerangi Denggi
a) Mesyuarat telah diadakan sepanjang dua tahun yang lalu untuk memantau keadaan
b) Memastikan majlis-majlis tempatan mempunyai tenaga kerja yang mencukupi untuk menangani masalah ini
c) 2010: Mesyuarat dan perjumpaan di antara pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dengan ketua-ketua majlis tempatan supaya jawatankuasa tindakan bersama dibentuk di setiap majlis tempatan
d) Seminar Denggi telah dijalankan dengan penglibatan pakar-pakar akademik dari Universiti Malaya dan pakar-pakar dari Singapura.
2. Wabak Influenza A (H1N1) (2009)
a) Menyokong kempen peringkat kebangsaan terhadap H1N1 - mengedar poster, risalah.
b) Mengagihkan 2000 facemask dan 1000 biji sabun kepada setiap DUN
3. Seminar Kesihatan
Jawatankuasa Tetap Kesihatan Kerajaan Negeri Selangor telah menganjurkan beberapa seminar, antaranya;
a) Masa Depan Sistem Penjagaan Kesihatan Malaysia’ pada 18 Julai 2009 di Subang
b) Sesi dialog antara MMA dan Kerajaan Negeri Selangor telah dijalankan di Holiday Villa Subang, 22 Ogos 2010.
c) 22 Oktober 2010, Kempen Kesedaran Barah Payudara Awam dengan kerjasama MAKNA telah diadakan di SUK, Shah Alam untuk semua penjawat awam.
4. Kem Kesihatan
a) Dua kem kesihatan setiap tahun pada 2008 dan 2009. Tumpuan akan diberikan kepada kawasan miskin dan berpendapatan rendah.
b) 2010, Alumni Manipal bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam menguruskan kem-kem kesihatan. Berkepakaran dalam mengesan kanser awal (ujian pap smear), ujian diabetes dan rawatan pergigian untuk mereka yang hadir kem kesihatan.
c) Kem-kem kesihatan lain: Kem Kesihatan dan Mata di Kg Sg Kandis
5. Bantuan Penjagaan Kesihatan
a) Subsidi Rawatan Hemodialisis untuk Pesakit Ginjal
• Pesakit miskin yang dipilih (kemiskinan pada garis panduan RM1500 dan ke bawah) diberi RM60 setiap rawatan dialisis.
• 2010 dasar bantuan hemodialisis diubah dengan subsidi RM2000
b) Pembedahan Katarak
• Satu program di mana kerajaan negeri akan membayar bagi kanta intraocular yang digunakan dalam pembedahan katarak
c) Pembedahan Kecil
• Pembedahan kecil kos di bawah RM2000 diberikan subsidi untuk pesakit miskin yang terpilih.
• Kos pembedahan melebihi RM2000, bantuan dihadkan pada RM2000.
d) Sumbangan Peralatan Perubatan
• Kerajaan negeri telah menyumbangkan 1 mesin dialisis berharga RM50,000 kepada Persatuan Hemodialisis Klang
• Bantuan kerusi roda khas kepada kanak-kanak bernilai RM2000-RM5000 setiap satu.
PEKERJA LADANG
1) Skim Perumahan Pekerja Ladang
• Menyempurnakan perumahan untuk pekerja Ladang Coalfield dan rundingan tanah bekas pekerja ladang Bukit Raja.
• Highlands Estate, kerajaan negeri telah menyempurnakan penyerahan sebanyak 33 buah rumah.
• Sedang dirundingkan termasuk Sg. Sedu, Semenyih Estate, Bukit Subang dan inisiatif baru pada tahun 2010 adalah Tumbuk Estate.
2) Bantuan Pengajian Tinggi untuk Anak-anak Pekerja-Pekerja Ladang
• Bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar yang datang daripada latar belakang Perladangan
• Geran sehingga RM 5000, yang telah dibayar terus ke universiti-universiti masing-masing
3) Latihan Kemahiran daripada INPENS International College
• Menaja kira-kira 50 orang pelajar India yang telah tamat SPM untuk
mengikuti kursus Sijil Tahap 1 dan Tahap 2 di INPENS International
College
• Pada tahun 2010, sebanyak 167 pelajar telah mendaftar untuk kursus.
• Contoh kursus disediakan: juruteknik sistem komputer, juruteknik automotif, juruteknik penghawa dingin, dandanan rambut, kecantikan,
menjahit, kejuruteraan mekanikal, juruteknik elektrik
4) Bantuan untuk sekolah-sekolah Tamil di Ladang-ladang
• Sekolah-sekolah Tamil di ladang-ladang dipantau dengan rapi melalui lawatan kerap oleh pegawai-pegawai kepada EXCO
• Bantuan kewangan telah diberikan kepada sekolah-sekolah untuk kelas tambahan UPSR
• Bantuan kewangan telah diberikan untuk membina “Pondok Bacaan” di sekolah-sekolah termasuk meja, kerusi dan perabot asas juga aktiviti ko-kurikulum seperti pertandingan drama antara sekolah
5) Pembangunan Teknologi Maklumat di Sekolah Tamil
• 2009, RM256,000 telah diperuntukkan bagi pembinaan dan menyiapkan 3 Makmal Komputer yang lengkap di SJK(T) Ladang Acob, SJK(T) Ladang Permata dan SJK(T) Ladang Rasak.
• 2010, RM256,000 telah diperuntukkan bagi pembinaan dan menyiapkan 3
Makmal Komputer yang lengkap di SJK(T), Ladang Rinching SJK(T) Teluk
Merbau dan SJK(T) Ladang Emerald.
6) Inisiatif Memastikan Kanak-kanak terus Bersekolah
a) Program Subsidi Yuran Bas Sekolah
b) Program Berbasikal ke Sekolah
7) Kem Kesedaran Kesihatan untuk Pekerja Ladang
Mengadakan 3 kem kesihatan pada tahun 2009 di ladang-ladang untuk menyediakan pekerja dengan asas-asas penjagaan kesihatan.
8) Anugerah Kecemerlangan UPSR
Mengadakan 3 kem kesihatan pada tahun 2009 di ladang-ladang untuk menyediakan pekerja dengan asas-asas penjagaan kesihatan.
9 Cermin mata untuk pelajar-pelajar miskin
Kerajaan negeri juga telah memulakan inisiatif menyediakan cermin mata untuk pelajar-pelajar dari sekolah die stet-estet.
PEMBASMIAN KEMISKINAN
Kerajaan negeri Selangor membuat keputusan untuk meningkatkan garis kemiskinan bagi pendapatan isi rumah (PLI) kepada RM1500, ini memberi indikasi kemiskinan yang lebih realistik. Pada tahap ini, dianggarkan bahawa 30% daripada Selangor diklasifikasikan sebagai miskin. Bantuan hanya diberikan dalam bentuk alat atau peralatan. Inisiatif ini tidak memberikan bantuan kewangan.
KERAJAAN PRIHATIN