Showing posts with label Program Wanita. Show all posts
Showing posts with label Program Wanita. Show all posts
Kampung Jawa, 15 Julai 2012 - Program Bengkel Kreatif untuk Wanita Kota Raja telah diadakan pada petang ini di Dewan Orang Ramai Kampung Jawa.

Program yang dianjurkan Wanita Kota Raja dan Pejabat ADUN Seri Andalas, YB Dr Xavier Jayakumar dan diselaraskan Puan Norhayati ini bermula dari jam 2 petang hingga 5.30 petang.

Hadir bersama-sama dalam program ini adalah YB Dr Xavier Jayakumar dan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud.

Aktiviti-aktiviti yang diadakan adalah menggubah bunga, membalut hamper dan menganyam ketupat. Aktiviti melukis untuk kanak-kanak turut diadakan.

Para hadirin juga didedahkan dengan program-program Kerajaan Negeri Selangor terutamanya yang dapat membantu golongan wanita untuk terus maju.

Program berakhir pada jam 5.30 petang dengan jamuan teh.
KUALA SELANGOR, 31 MEI : Wanita di Selangor akan terus dibantu meningkatkan kemahiran sedia ada bagi membaiki taraf hidup masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi & Inovasi, dan Kebudayaan Rodziah Ismail berkata, Geran Selangorku yang berjumlah RM30 juta dikhususkan untuk melihat wanita negeri Selangor ini berada dalam tahap yang baik.

“Jadi sebab itu dalam projek di bawah Geran Selangorku yang sebanyak RM30 juta itu, salah satunya ialah untuk menyediakan pusat wanita berdaya,” kata Rodziah dalam lawatan kerja beliau ke INPENS International College.

Lawatan itu bertujuan memperkukuhkan kerjasama antara Kerajaan Negeri berkenaan peluang-peluang yang boleh diterokai bersama untuk kemajuan pendidikan dan latihan kepada golongan wanita.
Sg. Kandis, 17 April 2011 – Seramai tujuh puluh orang wanita telah menghadiri program yang diadakan untuk wanita DUN Seri Andalas.

Program yang diadakan di dewan MBSA Sg. Kandis itu bermula sejak pukul 8.30 pagi.

Penerangan tentang pinjaman kecil telah dibuat oleh MIMBAR.

Para wanita kemudiannya diberitahu tentang Skim TAWAS dan MUES oleh Puan Mary, yang merupakan salah seorang petugas DUN Seri Andalas.

Encik PS Rajoo yang merupakan Ahli Majlis MPK memaklumkan bahawa pemeriksaan mata secara percuma akan diadakan di pejabatnya pada 23 dan 24 April. 
top