YB Dr Xavier Jayakumar ADUN Seri Andalas yang merupakan Ketua Cabang Keadilan Kota Raja menyumbangkan 7 unit Preasure Water Pump untuk Misi Bantuan Kemanusian Negeri Selangor untuk mangsa banjir di Pantai Timur. Bersama para sukarelawan di pusat pengumpulan Parlimen Ampang sebelum bertolak ke Kuantan jam 2 pagi nanti. Moga misi kemanusian ini berjalan lancar. Gambar diambil pada 11 Disember 2013 jam 4 ptg.
Showing posts with label Sumbangan Mangsa Banjir. Show all posts

HULU SELANGOR, 16 JUN : Seramai 719 orang penduduk di 10 buah kampung kawasan DUN Batang Kali hari ini menerima sumbangan bantuan banjir daripada Kerajaan Negeri.
Seorang penerima dari Kampung Penjuru, Ng Tong Bit, 82, mengucapkan terima kasih di atas sumbangan tersebut sambil menyatakan ia sedikit sebanyak dapat membantu kos kerugian yang ditanggungnya.
“Saya gembira dapat menerima bantuan ini kerana kita orang miskin dan memerlukan bantuan untuk membaiki rumah,” katanya apabila ditermui.
Majlis pemberian sumbangan itu dihadiri Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama Exco-exco Selangor iaitu Dr. Xavier Jayakumar dan Rodziah Ismail di Dewan Orang Ramai Kampung Sekolah, Batang Kali di sini.

SHAH ALAM 1 April : Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sekurang-kurangnya RM300 kepada setiap keluarga mangsa banjir kilat di sekitar daerah Klang.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri juga akan menimbangkan langkah untuk menyalurkan bantuan lebih dari RM300 bergantung kepada kesusahan yang mereka alami.
“Sebagai negeri yang mementingkan kebajikan rakyat, Kerajaan Negeri mengambil tindakan sewajarnya untuk meringankan kesusahan yang ditanggung mangsa-mangsa banjir kilat ini tetapi bantuan yang akan diberikan mestilah realistik dan mengikut kemampuan.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada mangsa banjir atas kesabaran mereka dan kerjasama mereka kepada pihak berkuasa negeri dalam memastikan proses membekalkan bantuan berjalan lancar,” kata Menteri Besar.

KENYATAAN AKHBAR
31 MAC 2012
31 MAC 2012
BANJIR DI KLANG: KERAJAAN NEGERI BERI BANTUAN KEWANGAN DAN SOKONGAN BUKAN PAMPASAN
Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sekurang-kurangnya RM300 setiap setiap keluarga yang menjadi mangsa banjir kilat di sekitar daerah Klang yang berlaku semalam (Jumaat).
Kerajaan Negeri akan menimbangkan untuk memberi bantuan lebih dari RM300 bergantung kepada kesusahan yang mereka alami.
Wakil rakyat di kawasan terlibat menubuhkan bilik gerakan untuk menyalurkan bantuan yang diperlukan seperti makanan, minuman serta keperluan lain. Bilik gerakan ini juga mendaftarkan semua mangsa bagi merekodkan jenis kerosakan dan kerugian yang ditanggung mangsa agar tindakan susulan diambil seperti bantuan sewajarnya.
Sebagai negeri yang mementingkan kebajikan rakyat, Kerajaan Negeri mengambil tindakan sewajarnya untuk meringankan kesusahan yang ditanggung mangsa-mangsa banjir kilat ini tetapi bantuan yang akan diberikan mestilah realistik dan mengikut kemampuan.
Bagaimanapun, dana ini adalah sekadar bantuan bagi meringankan beban mangsa dan bukan pampasan atas kehilangan atau kerugian yang mereka alami akibat banjir kilat yang teruk itu.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada mangsa banjir atas kesabaran mereka dan kerjasama mereka kepada pihak berkuasa negeri dalam memastikan proses membekalkan bantuan berjalan lancar," kata Menteri Besar.
Menteri Besar juga telah mengarahkan Pegawai Daerah Klang dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) supaya menyediakan laporan lengkap kejadian ini termasuk punca dan cara penyelesaiannya. Laporan ini akan dibentangkan pada mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTES), Khamis ini.
Masalah banjir kilat di Klang telah berlanjutan sejak lebih 10 tahun lalu tanpa ada sebarang usaha agresif untuk mengatasi bencana alam ini dalam tempoh itu. Adalah tidak adil menuduh kerajaan negeri sekarang tidak menjaga kebajikan rakyat dan gagal memastikan banjir kilat tidak berulang sedangkan kerajaan negeri sebelum inipun gagal menangani masalah ini walaupun lebih 50 tahun memerintah.
Kerajaan Negeri akan megkaji semula pelan pembangunan di Klang berdasarkan kejadian dataran banjir 50 tahun. Pelan itu akan dijadikan panduan di mana Kerajaan Negeri akan menasihatkan pihak berkenaan supaya tidak membangunkan sesebuah kawasan jika kawasan itu kemungkinan ditenggelami banjir.
DIKELUARKAN OLEH
SEKRETARIAT AKHBAR PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Shah Alam 08 Mac, 2012 - Kerajaan Negeri Selangor melalui Exco Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor telah menyumbang 150 kampit beras, meehon, sardin, gula, susu tin dan minuman kordial kepada lebih 150-200 mangsa banjir di Kampung Sungai Putih, Lembah Jaya Utara dan Kampung Tengah, Ampang Indah, Ampang, Selangor pada hari ini.
Kampung-kampung tersebut adalah antara kawasan-kawasan yang teruk dilanda banjir di Negeri Selangor sejak malam semalam.
Mangsa-mangsa banjir ditempat sementara di dewan Datuk Mufti Shuib dan Surau Desa Permai, Lembah Jaya.
Sukarela-sukarelawan yang diketuai oleh Cikgu Subramani A/L Rengasamy, ketua Komuniti Kaum India Ampang telah mengambil inisiatif untuk datang ke pejabat EXCO di bangunan SUK, Shah Alam untuk mengangkut barangan makanan tersebut dengan menggunakan lori Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) untuk diagih-agihkan kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

Subscribe to:
Posts (Atom)